Tidak dapat dinafikan ramai antara kita yang meluangkan masa ketika kuarantin ini di atas katil dalam pakaian yang paling selesa, sama ada untuk tidur, menonton netflix dalam laptop, atau bermain game dalam telefon.
Ekoran itu beberapa warga Instagram telah memperkenalkan satu cabaran kuarantin bagi orang ramai menerima gaya hidup baru mereka itu.
Cabaran yang digelar sebagai quarantine pillow challenge itu memperlihatkan orang ramai membawa keselesaan mereka ketika kuarantin ke tahap seterusnya dengan mengetepikan pakaian harian mereka dan memilih untuk memakai ‘bantal’ di badan dengan pelbagai gaya menarik.
Caranya adalah dengan menutup bahagian depan badan dengan bantal menggunakan tali pinggang membuat ia kelihatan seperti dress pendek. Malah ada juga yang menyambung pakaian bantal mereka dengan selimut untuk kelihatan seperti gaun mewah.
Kini telah terdapat lebih 10 ribu penyertaan di mana lelaki, perempuan, kanak-kanak, keluarga, dan haiwan peliharaan juga turut sama melakukannya. Lihat beberapa perkongsian di bawah.
“Ootd”
“Kenalkan teman lelaki baru saya…”
“quarantine fashion..”
“im a boss…”
“it’s FASHun…”
“mission completed…”
“outfit of the month…”
“Jom join sekaki…”
View this post on InstagramHelemaal klaar voor een avondje uit op de bank. ❤️ #quarantinepillowchallenge
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Instagram via HCL