Isteri kepada jurukamera drama Demi, Nurshazreen Zulkifli meluahkan rasa terkilan terhadap pihak produksi yang tidak bertindak untuk pulang lebih awal selepas mengetahui keadaan kru yang mengalami dem4m ketika penggambaran dijalankan.
Nurshazreen turut memberitahu suaminya dem4m hampir seminggu dan maklum mengenai keadaan Ambia yang dem4m sejak berada Scotland lagi.
Malah, Nurshazreen mendakwa suaminya tidak pernah mengalami dem4m seteruk itu.
“Saya tahu yang dia dem4m. Dia ada ’voice call’ saya setiap hari. Sebelum dem4m, dia ada maklumkan hampir semua kru terbabit dem4m secara ‘on off‘.
“Cuma saya terkilan kenapa masih tak ambil keputusan balik seawal mungkin. Kenapa masih berada di sana dan teruskan penggambaran? Seingat saya ada dalam hampir seminggu lebih dia dem4m di sana.
“Dia bukan dem4m biasa sebab dia hingga tak larat nak bangun. Dia tidak pernah dem4m seteruk itu. Saya pun sudah beri amaran dia mengenai simptom Cov1id-19 itu sudah ada pada mereka,” katanya.
Nurshazreen turut dimaklumkan, selain dem4m suaminya juga turut mengalami munt4h. Ada yang maklumkan baru-baru ini yang mana suaminya mengalami munt4h sepanjang dia dem4m,” katanya.
Ditanya sama ada pihak produksi ada menghubunginya, Nurshazreen berkata, penerbit iaitu Datin Mahfuzah Zakkiah tampil menghulurkan bantuan.
“Jurusolek dan pengurus produksi ada bertanya mengenai keadaan semasa suami. Datin pula ada memberikan sumbangan peribadi,” katanya.
Perkembangan terkini, Ambia Ahmad, 48, yang dir4wat di Unit Raw4tan Rapi (ICU), h0sp1tal Sungai Buloh (HSB) akibat j4ngkitan Cov1id-19 mula sedarkan diri, semalam.
Ambia dibawa ke HSB sebaik tiba di tanah air selepas pulang dari menjalani penggambaran drama berkenaan di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.
Isterinya, Nurshazreen Zulkefli, 32, ketika dihubungi berkata, keadaan kesihatan suaminya stabil namun p4ru-p4ru masih lemah.
“Suami baru sedarkan diri semalam dan tiub dicabut. Tapi, hari ini terpaksa dipasang semula kerana paru-paru masih lemah.
“Kali terakhir saya berjumpa suami pada 8 Mac iaitu sehari sebelum mereka bertolak ke Scotland,” katanya kepada Harian Metro.
Ambia mempunyai dua anak berusia empat dan dua tahun.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan lima kru, dua pelakon dan ibu kepada pelakon disahkan positif Cov1id-19.
Kesemua mereka seramai 18 orang yang tiba di tanah air pada 31 Mac lalu diarahkan menjalani ku4rantin diri di tempat masing-masing tanpa membabitkan orang lain atau ahli keluarga.
Mereka berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes Cov1id-19 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Pelakon yang membintangi drama itu terdiri daripada Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Harian Metro