Penerbit drama iaitu Fadzil Teh memohon pihak kerajaan memberikan kebenaran buat syarikat-syarikat produksi kembali menjalani penggambaran dengan bersyarat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.
Menerusi laporan Harian Metro, Fadzil memberitahu kerajaan boleh meletakkan beberapa syarat yang wajib dipatuhi bagi memastikan penggambaran berjalan dengan lancar dan tidak mendatangkan risiko buat mereka ekoran wab4k yang sedang melanda negara.
Membantu tenaga kerja belakang tabir
Memastikan penggambaran tidak dijalankan di tempat tumpuan ramai antara contoh peraturan yang boleh ditetapkan oleh pihak kerajaan menurut pemilik syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd itu. Tambahnya, jika kerajaan memberikan keizinan buat mereka, ini sedikit sebanyak membantu tenaga kerja belakang tabir yang hilang punca pendapatan sejak PKP dimulakan pada 18 Mac lalu.
Mungkin boleh senaraikan beberapa peraturan contohnya tidak dibenarkan menjalankan penggambaran di tempat tumpuan orang ramai. Selain itu, pihak produksi juga mesti menepati syarat seperti kebersihan diri dan sebagainya. Kita faham mengenai tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan adalah untuk memastikan keselamatan semua pihak. Namun, dari sudut lain, ramai tenaga kerja belakang tabir yang terjejas kehidupan mereka.
Kebanyakannya bergantung kepada penggambaran. Kalau tidak ada ‘job’, maka tiadalah pendapatan buat mereka. Kalau boleh saya tak mahu anak-anak seni meminta bantuan kewangan daripada kerajaan. Jadi, kalau boleh, mungkin boleh diberikan sedikit kelonggaran buat syarikat produksi untuk kembali bekerja. Saya sendiri pun ada dua karya yang tergendala. Jadi, harapnya, semuanya dapat diselesaikan.
Syarat dan peraturan yang boleh ditetapkan
Manakala menurut Pengarah dan Penerbit Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, Shuhaimi Lua berkongsi pendapat yang sama dengan Fadzil. Katanya, setiap produksi perlu sediakan pembasmi kuman (sanitizer), topeng muka dan melakukan pemeriksaan suhu badan buat semua kru dan pelakon yang terlibat dengan penggambaran. Jumlah kru pun tidak melebihi 30 orang.
Saya berharap agar pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) juga dapat membantu melakukan sesuatu kerana mereka ada rekod mengenai syarikat produksi mana yang sedang menjalankan penggambaran. Rekod itu berdasarkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) yang mereka keluarkan kepada syarikat penggambaran. Jadi, saya harap, ada cadangan atau kelonggaran buat syarikat produksi untuk kembali bekerja.
Syarikat saya ada pelabur dari luar negara yang melabur dan itu sangat membimbangkan kerana wang yang dilaburkan bukanlah sedikit, tetapi mencecah sehingga ratusan ribu ringgit. Apabila semuanya tergendala dalam satu tempoh yang lama, ada benda yang kita terpaksa guna untuk menampung produksi dan saya takut itu akan menimbulkan kerugian sedikit masa lagi.
Shuhaimi turut memberithu bahawa mereka bimbang mengenai wang pelabur yang melabur terhadap sesuatu karya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Harian Metro