Mendengar kisah wanita ini saja sudah meruntun jiwa apatah lagi membayangkan beban yang terpikul dibahunya. Dalam usia yang masih muda, saat sedang mengecap bahagia hidup berumah tangga di samping suami tersayang tiba-tiba kemanisan itu dir4gut dalam sekelip mata.
Dalam keadaan yang belum bersedia, Aiza Syafinaz Haji Shahak terpaksa menerima hakikat suaminya sudah tidak ada lagi di sisinya. “Tak sangka, saya memang tak sangka suami yang diharapkan untuk menjaga saya hingga ke hari tua, akhirnya pergi selama-lamanya dalam keadaan saya tidak bersedia,” tutur isteri kepada m4ngs4 korban ke-24 (kes ke 1056) c0v1d-19 ini memulakan bicara.
Hati isteri mana yang tak remvk, menerima berita kem4tian suami tanpa dapat mengucapkan selamat tinggal. “Saya tak dapat melihat suami buat kali terakhir apatah untuk memberikan kucvpan selamat tinggal atau mengiringinya hingga ke destinasi terakhir. Hanya sebelum suami masuk ke dalam ICU, saya sempat bersalam dengannya. Itu lah pertemuan terakhir kami,” terang Aiza Syafinaz jujur.
“Suami pergi dalam usia yang sangat muda iaitu berusia 36 tahun, men1ngg4lkan saya 35 hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya. Walaupun per1t menanggung perpisahan ini namun saya terima. Saya reda kerana arw4h telah berkali-kali pesan, jaga diri dan kuatkan semangat,” kata wanita cekal ini.
Bergetar jantung tatkala wanita yang baru 8 hari (ketika artikel ini ditulis) ‘ditinggalkan’ suami ini tidak lepas menyebutkan kalimah Allah di setiap bait bicaranya, “Allah uji kerana Allah sayang. Jika ujian ini tanda Allah SWT ingin tingkatkan darjat kami sebagai hambaNYA, saya terima dengan reda,” ucap Aiza Syafinaz saat dihubungi.
Terasa begitu besar pender1taan yang ditanggung oleh wanita yang baru berusia 34 tahun ini. Tapi benarlah, Allah SWT tidak akan menguji kita sedemikian rupa melainkan kita mampu memikulnya.
Belum sempat merawat lvk4 kerana pemergi1an suami ke negara abadi, wanita ini pula telah disahkan positif c0v1d-19. “Ya, saya adalah ‘Pejuang c0v1d-19’. 4 hari selepas suami men1ngg4l dunia, saya pula disahkan positif c0v1d-19 walaupun tidak mengalami sebarang simptom. Kini sudah 4 hari saya dirawat di h0sp1tal.
Namun, saya serahkan jiwa dan raga di atas aturan dan perancangan Allah SWT. Sesungguhnya kita semua makhluk Allah yang dikasihi dan disayangi, Ya Rahman, Ya Rahim dan Yang Maha Agong.
Tiap kali bangun dari tidur saya katakan pada diri, ini semua adalah mimpi ngeri dalam hidup saya. Tapi bila matahari mula bersinar di dada langit saya tersedar ini rupanya bukan mimpi,” kata Aiza Syafinaz yang sudah seminggu tak boleh tidur malam sehingga tekanan darahnya naik 179/85.
Bercerita tentang impian bersama suami yang telah dikahwini selama 10 tahun, “Impian kami yang belum tercapai adalah untuk menimang cahaya mata. arw4h juga sedang merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana tahun depan di Universiti Kebangsaan Malayisa (UKM). arw4h mahu sambung belajar demi meningkatkan diri dan mencapai pangkat yang lebih tinggi dalam p0lis Diraja Malaysia (PDRM).
Apa yang saya lakukan sekarang di dalam ward? Kini saya ada ‘me time‘ dengan Allah SWT. Mungkin Allah SWT rindu mendengar bicara hati saya melalui zikir, solat tahajud, solat taubat dan solat hajat. Doa dalam setiap sujud saya agar segera lenyap v1rus ini. Selain itu, saya banyak menghabiskan masa dengan menulis,” kongsi isteri kepada Mohd Fairos Saberon ini.
Tidak cukup dengan dugaan yang sedia ada, wanita ini juga perlu kuat semangat dan memanjatkan doa buat ayahnya yang juga telah disahkan positif c0v1d-19. “Kampung saya di Simpang Renggam masih lagi total lock down (Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan – PKPD. Ayah saya juga dikuarantin di h0sp1tal Permai, Johor Bahru sejak 19 Mac sehingga hari ini,” katanya.
Tiada ucapan yang mampu menggambar kekuatan jiwa wanita ini. “Kekuatan dan ketabahan saya banyak dipinjam dari arw4h suami. Saya perlu kuat, berfikiran positif, tak menangis dan menjaga emosi untuk meningkatkan imun badan.
Saya juga perlu suntik semangat kepada rakan-rakan dalam wad ini yang salah seorangnya adalah pembantu dapur tukang masak Istana Negara yang juga positif c0v1d-19,” ungkap Aiza Syafinaz.
Tambah Aiza, “Jika sebelum ini, menjelang Ramadan saya adalah orang yang paling sibuk mengambil tempahan biskut raya. Mungkin sama sibuknya dengan tukang jahit sebelum menjelang Syawal. Tapi Allah SWT tarik hand brake saya sekejap pada tahun ini. Pasti ada hikmahnya,” ujar usahawan biskut dan produk IKS ini mengakhiri bicara.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Nona