Syafiq Kyle belajar bahasa Thailand demi filem aksi

KUALA LUMPUR: Aktor, Syafiq Kyle, 28, terpaksa akur penggambaran filem aksi terbaharu kerjasama produksi Malaysia dan Thailand ditangguhkan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penul4ran v1rus c0v1d-19 yang menyerang seluruh dunia.

Katanya, dia tidak sabar menjalani penggambaran filem Algojo (The Killer) terbitan MRB Network Sdn Bhd yang sepatutnya bermula bulan lalu.

Demi menjayakan filem aksi itu, Syafiq berkata, dia mempelajari bahasa Thailand dan seni mempertahankan diri kerana penggambaran di Malaysia dan Thailand.

“Saya sudah selesai mengikut kelas bahasa Thailand dan seni mempertahankan diri.

“Saya punya teruja hingga pernah mencadangkan penggambaran dilakukan di lokasi terpencil, tetapi penerbit tidak mahu mengambil risiko dan nama terjejas jika ingkar dengan arahan PKP ini.

“Bagaimanapun, saya patuhi arahan PKP dan berdoa keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Selain filem Algojo, saya juga sepatutnya menjalani penggambaran sebuah filem lagi, tetapi ia juga ditangguhkan. Saya tak tahu apa yang akan terjadi pada jadual selepas ini,” katanya kepada BH Online.

Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia tidak pasti adakah jadual terg4nggu berikutan banyak perancangan berubah disebabkan v1rus c0v1d-19.

“Sasaran saya mahu menjayakan sekurang-kurangnya satu drama, tahun ini. Ia memandangkan saya tak sempat berbuat demikian, tahun lalu. Bagaimanapun, dengan keadaan hari ini, saya tak pasti adakah mampu terima tawaran drama.

“Saya melihat tahun 2020 akan berlalu seperti itu sahaja. Kita diduga v1rus c0v1d-19, jadi segala perancangan terpaksa ditunda. Bila w4b4k ini akan berakhir pun tidak diketahui.

“Kemudian bakal menyambut Ramadan, diikuti Syawal. Sedar tak sedar, akan sampai ke hujung tahun. Jadi, saya tak sempat berlakon drama lagi memandangkan sudah terikat dengan penggambaran dua filem,” kata yang diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Anugerah Telleygeram oleh sebuah saluran indie, baru-baru ini.

Menewaskan Datuk Rosyam Nor, Namron dan Zul Ariffin, Syafiq berkata, dia terharu apabila penampilan menerusi filem Pusaka meraih perhatian. Anak jati Kuala Lumpur itu tidak menyangka berjaya menewaskan pelakon hebat lain.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :