Sebak ketika membaca artikel lebih 150 m4yat mangsa COV1D-19 yang dibiarkan di tepi jalan di sekitar bandar Guayaquil, Ecuador.
Kalau may4t pun boleh dilakukan sebegitu rupa kerana kehabisan keranda dan hosp1tal terlalu sesak untuk menempatkan si mati, bayangkan lah bagaimana nasib mereka yang terkena jangk1tan tetapi tidak boleh mendapatkan rawatan di hosp1tal.
Kehidupan mangsa bagaikan menunggu aj4l yang sudah melambai-lambai di hadapan mata.
Situasi sebegini tidak dapat kita lihat di Malaysia, kerana pelbagai usaha dan inisiatif hebat dilakukan kerajaan, tindakan cemerlang petugas barisan hadapan dan sukarelawan, malah rakyat Malaysia sendiri yang terkenal sebagai bangsa berjiwa besar.
Mungkin antara kelebihan Malaysia kerana kita sebuah negara kecil jadi lebih mudah untuk kerajaan menguruskan rakyat. Rata-rata masyarakat tempatan turut mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan kerajaan.
Namun begitu, dalam pelbagai usaha murni yang dilakukan kerajaan, kita tidak boleh menghalang warga maya untuk terus mencari kelemahan.
Baru-baru ini timbul pertikaian berhubung tindakan kerajaan mengkuarantin rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara di beberapa fasiliti termasuk hotel-hotel di sekitar ibu kota. Segelintir netizen berpendapat ianya tidak adil jika dibandingkan nasib golongan gel4nd4ngan.
Warga maya membandingkan nasib ratusan gel4nd4ngan yang ditempatkan di dewan komuniti dan serba guna sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKP ini. Mereka terpaksa tidur secara beramai-ramai di dalam sebuah dewan yang besar dengan jarak yang minimum antara satu sama lain.
Cetus pertikaian di laman sosial
Sesetengah pihak menyuarakan pendapat, jika dulu gel4nd4ngan hanya tidur di kaki lima, kini ditempatkan dalam dewan untuk berlindungan, itu merupakan satu usaha yang baik, apatah lagi bekalan makanan juga diberikan.
Namun begitu, sebilangan besar tidak bersetuju dan menganggap ia satu bentuk diskriminasi kerana gelandangan juga wajar mendapat layanan yang setara dengan mereka yang baru kembali dari luar negara.
“Saya tidak faham mengapa kerajaan membiaya penginapan kamu (yang secara jelasnya dibayar menggunakan duit pembayar cukai) sedangkan gel4nd4ngan pula ditolak ke suatu tempat yang hanya berbekalkan tilam nipis.
“Kenapa orang kaya layak untuk mendapat layanan yang berbeza dengan mereka yang miskin?” persoal seorang warga maya di Twitter yang menulis komen dalam ruangan individu yang menjalani kuarantin di hotel mewah.
Melihatkan pada ciapan dan perkongsian gambar yang dikirimkan oleh warga maya itu, apa pendapat anda? Patut atau tidak perbezaan cara dikuarantin membabitkan dua kumpulan ini?
Tertanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk memperdebatkan hal yang dibangkitkan. Paling utama di mana sekalipun kita ditempatkan, selagi ia selesa, makan minum terjaga dan sentiasa ada pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan rantaian wabak COV1D-19 ini dapat diputuskan, belajar lah untuk menghadam rasa bersyukur!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online