KUALA LUMPUR – Impian 16 pelancong Malaysia untuk menikm4ti percutian di atas kapal persiaran selama 16 hari ke Antartika tidak kesampaian, apabila kapal berkenaan terkandas di Pelabuhan Rio de Janeiro, Brazil pada pagi Ahad.
Kumpulan itu, bersama-sama 325 penumpang terdiri daripada pelbagai kerakyatan, terkandas di Lautan Atlantik Selatan selepas kapal persiaran itu yang berlayar dari pelabuhan Ushuaia, Argentina pada 28 Feb gagal berlabuh di Montevideo, Uruguay pada 13 Mac setelah negara itu mengumumkan sekatan perjalanan keluar atau masuk bagi membendung penularan w4b4k cov1d-19.
Kapal persiaran berpangkalan di Perancis itu kemudian meneruskan perjalanan ke pelabuhan Buenos Aires, Argentina dan dijadual berlabuh pada 16 Mac, tetapi pengumuman itu dibuat oleh kerajaan Argentina sejam sebelum kapal itu berlayar.
Pengerusi eksekutif, yang juga pengarah pelancong syarikat Apple Vacations Sdn Bhd, Datuk Seri Lee Ee Hoe memberitahu Bernama bahawa kesemua pelancong Malaysia itu dalam keadaan sihat.
Yang lebih penting kesemua mereka termasuk penumpang lain adalah bebas daripada cov1d-19.
“Kami merasa bimbang terutama apabila semua ahli keluarga berada di Malaysia dan kami semua mahu berada di samping mereka semasa menghadapi situasi w4b4k ini,” katanya ketika membalas satu WhatsApp, Ahad.
Lee menjelaskan bahawa pada mulanya semua penumpang melalui fasa kesedihan tetapi akhirnya positif kerana faktor keselamatan menjadi keutamaan.
“Kapten itu memang profesional, dan selalu mengemaskini setiap perkembangan jadi kami rasa lebih terjamin.
“Pelayaran ini sungguh selesa, dengan hidangan makanan, minimum yang mencukupi beserta persembahan hiburan. Lagipun kami boleh bergerak bebas kerana kapal persiaran ini bebas cov1d-19,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa keadaan akan berubah dalam beberapa jam lagi setelah diberitahu oleh Kapten kapal bahawa mereka akan mendarat di Pelabuhan Rio de Janeiro, malam Ahad.
Namun, Lee dan pelancong lain dalam kumpulannya amat berterima kasih menerima bantuan daripada Kedutaan Malaysia di Brasilia dan menghargai semua bentuk bantuan yang tidak mengenal penat lelah bagi memasti kumpulan ini dapat pulang ke Malaysia.
“Sebenarnya, mengikut penyelarasan mereka, kami akan menjadi kumpulan pertama akan turun daripada kapal persiaran ini jika semua berjalan mengikut rancangan,” tambah beliau.
Sementara itu, Setiausaha Pertama, Kedutaan Malaysia di Brasilia, Norliyana Alias ketika dihubungi berkata kapal persiaran ini dibenarkan masuk ke Brazil kerana mereka hanya akan memulakan halangan kemasukan rakyat asing dari negara terpilih termasuk Malaysia dan Kesatuan Eropah mulai 23 Mac.
“Kumpulan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa (ETA 1435 waktu Malaysia) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Rio de Janeiro hari ini (ETD 0235 waktu tempatan),” katanya.
— BERNAMA
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese