Anggota p0lis bantu wanita kemurvngan

KELIBAT seorang wanita bersama anak kecil berjalan tanpa hala tuju di Jalan Putri di Taman Kota Puteri, Masai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merungkai permasalahan wanita itu dipercayai mengalami kemurvngan.

Hasil maklumat awam, sepasukan anggota Unit Ronda Bermotosikal dihantar ke kawasan itu dan menemui dua beranak itu, kelmarin.

Menerusi kenyataan dikongsi di Facebook rasmi p0lis Daerah Seri Alam, anggota yang dihantar turut membantu membelikan makanan buat dua beranak itu.

“Anggota URB Ibu Pejabat p0lis Seri Alam berada di lokasi selepas menerima aduan orang awam yang meminta bantuan kerana dipercayai ibu kepada anak itu mengalami kemurvngan.

“Waris kepada ibu dan anak ini berjaya dikesan dan diserahkan kepada keluarganya,” kata kenyataan itu.

Melalui empat foto dikongsikan, anggota URB turut memberi makanan dan minuman kepada anak kecil itu selain membelikan lampin pakai buang untuknya.

Kenyataan itu menjelaskan pada ketika PKP sedang dikuatkuasakan, p0lis menasihatkan masyarakat agar sentiasa menjaga keluarga masing-masing dan tidak mengabaikan ahli keluarga yang s4kit dan bermasalah.

Hantaran yang dimuatnaik itu serta dikongsi lebih 2,000 kali itu turut mendapat pujian daripada warganet terhadap anggota p0lis yang turut menjalankan kerja kemanusiaan sambil memastikan rakyat selamat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro