Cov1d-19: Malaysia catat jumlah pes4kit sembuh paling tinggi di Asia Tenggara

Kes cov1d-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan positif berikutan pes4kit yang pulih daripada virus tersebut melebihi angka jangk1t4n baharu dalam beberapa hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,seramai 168 pes4kit telah sembuh dan dibenarkan discaj semalam berbanding 134 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,276 orang atau 47.3 peratus.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia mencatat jumlah kes sembuh paling tinggi di Asia Tenggara dan antara yang tertinggi di dunia.

Kadar kem4tian pula adalah yang paling rendah iaitu hanya 1.61% berbanding beberapa negara maju seperti Korea Selatan (1.84%), Jepun (2.38%), dan Sweden (5.87%), manakala kadar purata dunia 5.49%.

Jumlah ini membuktikan kerajaan Malaysia dengan usaha para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah bertungkus lumus berjuang membanteras cov1d-19 akhirnya membuahkan hasil.

Pencapaian positif tersebut juga adalah bukti pasukan perubatan dan sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia.

Justeru, seluruh rakyat Malaysia diseru agar terus mematuhi arahan PKP agar usaha kerajaan memastikan w4b4k cov1d-19 dapat dihentikan sepenuhnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese