COV1D-19: Berses4k masuk kilang untuk meneruskan operasi

JOHOR BAHRU: Penduduk di kawasan mukim Tebrau di sini, terkejut apabila sebuah video yang memaparkan ratusan pekerja sebuah kilang, dipercayai di Taman Perindustrian Dewani, di sini, beratur dalam keadaan bersesak untuk memasuki premis berkenaan.

Dalam video yang berdurasi 13 saat itu dan tular sejak malam tadi itu antara lain memaparkan barisan panjang pekerja yang ingin memasuki premis kilang alat elektronik berkenaan dalam keadaan amat rapat dan tanpa penjarakan sosial.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan kemar4ahan pengguna media sosial dan penduduk mukim Tebrau yang bimbang dengan penul4ran w4b4k c0v1d-19, berikutan kilang terbabit dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi industri meneruskan operasi.

Pengguna media sosial turut mempertikaikan bagaimana kilang terbabit memperoleh kebenaran beroperasi.

Ini kerana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dilaporkan baharu membuka permohonan untuk syarikat yang sebelum ini tidak dibenarkan dibuka sepanjang Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP), meneruskan operasi semalam.

Pengguna media sosial juga melahirkan kebimbangan bahawa ins1den itu mungkin melahirkan kluster baharu w4b4k c0v1d-19 di mukim Tebrau, jika ada antara pekerja tidak menyedari mereka menjadi pembawa v1rus berkenaan, apatah lagi mukim berkenaan semalam diumumkan berada dalam zon jingga.

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan, berkata MITI masih melaksanakan kerja konfigurasi sistem permohonan untuk syarikat beroperasi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil, berkata beliau maklum dengan video yang ditularkan semalam itu.

“Perkara itu juga ada dibincangkan (dalam mesyuarat) Majlis Keselamatan Negara (MKN) malah perkara itu turut sudah dikemukakan kepada MITI bagi siasatan.

“Saya bimbang sangat hal ini. Namun pihak berkuasa termasuk p0lis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah pergi ke premis kilang berkenaan untuk siasatan dan pemantauan,” katanya.

Tinjauan dilakukan di kawasan premis kilang terbabit pagi tadi, mendapati keadaannya terkawal, berbanding semalam dengan hanya segelintir pekerja dilihat memasuki premis itu, malah kereta peronda p0lis juga berada di hadapan kilang berkenaan.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online