Perkataan Pertama SITI NURHALIZA Ucap Lepas Anaknya Lahir & Makna Di Sebalik Nama AAFIYAH

19 Mac lalu genap dua tahun usia Siti Aafiyah Khalid, permata hati Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Makin membesar dengan sihat, comel, bijak dan ceria, tidak dinafikan Aafiyah merupakan antara anak selebriti tanah air yang menjadi tumpuan ramai. Mana tidaknya, ibu Aafiyah ialah penyanyi nombor satu negara dan meskipun hampir tiga dekad bergelar anak seni namun aura Datuk Seri Siti Nurhaliza masih kekal utuh hingga ke hari ini. Ditambah pula dengan kejayaan ayah Aafiyah iaitu Datuk Seri Khalid yang merupakan usahawan ternama. Jadi, tidak hairanlah jika gerak-geri anak kecil comel ini sering mendapat perhatian.

Tanggal 19 Mac 2018 nyata bukan hanya detik terindah bagi Datuk Seri Siti dan suami bahkan ia juga perkhabaran gembira buat peminat setia biduanita ini kerana selepas 11 tahun menanti, akhirnya pasangan romantis berkenaan dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. Malah kehadiran Aafiyah seakan mencipta fenomena tersendiri kerana sebaik nama permata hati Datuk Seri Siti dan Datuk Seri Khalid diumumkan kepada khalayak, ramai ibu bapa yang turut menamakan anak mereka ‘Aafiyah’.

Itulah antara bukti betapa kuatnya aura Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian dan ikutan peminat.

Sempat bertanyakan kepada anak seni kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini mengenai perkataan pertama yang diucap selepas Aafiyah selamat dilahirkan, Datuk Seri Siti yang ketika itu menghadiri penggambaran wajah penghias Nona September 2019 di samping adik-beradik perempuannya iaitu Siti Norsaida dan Siti Sairah dalam nada teruja berkongsi cerita.

“Memang saya bersyukurlah. Alhamdulillah. Tak ada apa yang boleh saya katakan selain bersyukur kepada Allah. Perubahan paling besar saya alami sejak adanya Aafiyah pula, apa sahaja kerja saya mesti ingat Aafiyah dan saya akan bawa beg pam kalau lama keluar (bekerja).”

Selesa membahasakan dirinya sebagai ibu, Datuk Seri Siti turut menjelaskan makna di sebalik nama Aafiyah yang diberikan kepada buah hati kesayangannya itu.

Kongsi usahawan kosmetik SimplySiti ini, “Aafiyah ni merangkumi segalanya. Kesihatan, keberkatan, kekayaan… tiada apa yang kita inginkan selain Aafiyah. Itu yang kita selalu doakan. Allahumma inni asalvk4 al-‘afiyah.”

Memetik kenyataan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al-‘Afiyah adalah keselamatan (kesejahteraan) daripada peny4kit-peny4kit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak peny4kit-peny4kit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan.

Sementara menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hamba-Nya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu.

Melihat kepada beberapa definisi atau pengertian di atas maka disimpulkan bahawa al-‘Afiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala f1tn4h, pada badan daripada segala peny4kit-peny4kit sama ada peny4kit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musib4h.

Indahnya nama Aafiyah. Ringkas tapi cukup mendalam makna nama ini. Patutlah ramai ibu bapa yang mahu menamakan anak mereka Aafiyah. Pandai Datuk Seri Siti dan suami memilih nama terbaik untuk amanah Allah yang satu ini.

Datuk Seri Siti yang mengakui obses bila bekerja dan berada di atas pentas turut berkongsi ins1den paling lucu yang pernah dialami sepanjang menceburi bidang seni. “ins1den paling kelakar, pernah rambut palsu jatuh atas pentas ketika saya tengah nyanyi dan saya dah jangka rambut saya akan jatuh. Waktu itu saya cuba buat muka selamba dan mereka ingat ini salah satu daripada persembahan saya, ” ujarnya sambil ketawa.

Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Datuk Seri Siti dilihat mematuhi arahan kerajaan dan banyak menghabiskan masanya di rumah dengan ahli keluarga selain mengadakan tutorial mekap menggunakan produk kosmetik SimplySiti di Instagram miliknya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona