Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin mengambil inisiatif membantu golongan guru agama yang terjejas pendapatan mereka akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut PU Amin, sebagai seorang pendakwah, dia sendiri bersimpati apabila mendapat perkhabaran ada antara mereka yang selama ini bergantung kepada bayaran upah tidak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Nasib para ustaz dan ustazah sepenuh masa kerja dakwah sangat terkesan. Para ustaz, ustazah dan guru agama ini habiskan masa hidup mereka untuk berdakwah dan mengambil sedikit upah untuk menyara kehidupan mereka.
“Namun, fenomena hari ini memberi tekanan dan kesusahan dalam hidup mereka. Mereka hilang punca pendapatan.
“Tak sanggup nak baca kisah mereka. Susah hidup sebagai guru agama. Ada nak makan tak cukup, lampin anak tak boleh beli, gaji, elaun tak ada. Mereka ikhlas buat kerja agama,” kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Katanya sehingga kini hampir 100 orang guru agama sudah berjaya disalurkan bantuan.
“Saya berkongsi sedikit rezeki yang ada tanda terima kasih atas usaha mereka menjalankan kerja dakwah dengan ikhlas,” katanya.
Perkongsian PU Amin itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mendoakan agar dirinya terus dimurahkan rezeki dengan tindakannya yang membantu golongan yang selama ini menyebarkan ajaran agama Islam.
Terdahulu, tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini. Sepanjang tempoh tersebut, tiada sebarang bentuk aktiviti keagamaan yang melibatkan orang ramai sama ada, kelas atau ceramah agama dibenarkan.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV1D-19!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak