Tiada Solat Tarawih Di Arab Saudi Ramadan Ini

Arab Saudi mengumumkan tiada solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan yang akan datang ini, lapor Al Riyadh.

Sebaliknya, rakyat diminta menunaikan tarawih di rumah sahaja.

“Semoga Allah SWT menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid atau rumah, kerana ini adalah untuk kepentingan bersama,” kata Menteri Hal Ehwal Islam, Dr Abdul Latif Al Sheikh.

Sejak 19 Mac lalu, negara itu tidak lagi membenarkan solat lima waktu dan solat Jumaat dilakukan di masjid secara berjemaah, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyekat penyebaran c0v1d-19.

Arab Saudi, yang melaksanakan perintah berkurung sejak minggu lalu, setakat ini telah mencatat 4,934 kes positif dan 65 kem4tian.

Jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam kalangan enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk, yang mencatat lebih 14,000 kes positif dan lebih 100 kem4tian.

Angka itu dijangka mencecah 200,000 dalam beberapa minggu akan datang, memaksa langkah drastik diambil seperti menghentikan penerbangan antarabangsa dan menggantung ibadat umrah.

Sumber: Astro Awani

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak