“Ramai Lagi Susah Daripada Kita” – Main Badminton Dalam Rumah, Datuk Lee Chong Wei Mahu Rakyat Malaysia Kekal..

Bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei menarik perhatian ramai apabila memuat naik video yang menyaksikan dia sedang bermain badminton bersama anak-anaknya.

Namun apa yang lebih menarik, latihan badminton itu dilakukan hanya di dalam rumah susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I think it’s a good yet difficult decision to extend the MCO to 28 April. All must take good care physically and mentally. Forget your frustration and fidgeting, and look at the bright side of spending more time with family. Remember, there are many people out there who suffer more than us. #badmintonwiththekids #sayaanakmalaysia #mcoday25🇲🇾 #stayhome

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Video berdurasi sekitar 20 saat itu dimuat naik menerusi satu posting di Instagramnya, baru-baru ini.

“Saya rasa pastinya keputusan yang sukar namun dalam pada masa amat baik untuk teruskan arahan PKP hingga 28 April.

“Semua kena bersedia fizikal dan mental. Lupakan kekecewaan itu semua, lihatlah dari sudut positif.

“Habiskan masa dengan keluarga dan ingat ramai lagi orang luar sana yang lebih susah daripada kita,” katanya sebagai kapsyen.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata peminatnya memuji keadah yang digunakan Chong Wei.

Kebanyakannya turut mengambil inisiatif untuk menggunakan keadah senaman yang sama seperti dilakukan pemain lagenda itu.

 

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak