KUALA LUMPUR: Kerisauan apakah seorang lagi pelakon drama Demi yang menjalani penggambaran di Scotland dij4ngk1ti c0v1d-19, lenyap apabila Hasnul Rahmat mengesahkan keputusan ujian saringan negatif.
Hasnul berkata, sebaik mendapati dirinya bebas w4b4k itu, dia hanya berkurung di rumah seperti diarah.
“Saya baik… Alhamdulillah, keputusan negatif. Saya hanya duduk di rumah sehingga tamat tempoh kuarantin iaitu esok seperti tertera dalam surat dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada BH Online.
Bulan lalu, Hasnul atau nama penuh, Hasnul Rahmat Mustafa menyertai kru produksi drama rantaian Demi yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland.
Sekembali ke Malaysia, pengarah drama terbabit, Rahila Ali dan tiga pelakon iaitu Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan Puteri Rayyana Rayqa, disahkan positif c0v1d-19.
Individu lain dalam rombongan yang turut dij4ngk1ti c0v1d-19 adalah ibu Rayqa dikenali sebagai Syira, penolong pengarah; jurukamera serta kakitangan bahagian pakaian dan solekan.
Mereka kembali ke Malaysia pada 31 Mac lalu.
Mengulas keadaan menimpa teman pelakon dan kru drama berkenaan, Hasnul hanya mampu mendoakan mereka segera sembuh.
“Saya tiada hak untuk bercakap mengenai orang lain. Sebaliknya, saya hanya boleh berdoa pada kawan-kawan yang dij4ngk1ti w4b4k itu supaya cepat sembuh dan boleh keluar dari h0sp1tal segera,” katanya.
Walaupun terpaksa berkurung di rumah selama dua minggu, Hasnul berkata, ia bukanlah masalah besar buatnya.
“Jika tiada penggambaran, saya jarang keluar rumah. Saya sudah biasa dan selesa dengan keadaan ini.
“Walaupun bersendirian, kita masih boleh bersama-sama dengan penuh rasa cinta dan membuat kebaikan,” katanya yang sentiasa bersikap positif.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online