Isteri POSITIF Suami BEKAS PES4KIT COV1D-19 Jadi PENDERMA PLASMA D4RAH Pertama Di Malaysia

Dugaan Allah meletakkan Reza Huzairi Zainudin sebagai pes4kit c0v1d-19 sungguh menakutkan. Takut yang terpaksa ditanggung bukan kerana dirinya berhadapan w4b4k pandemik ini tetapi memikirkan isteri serta anak-anak dan kakitangannya turut sama dij4ngk1ti. Itulah keresahan utamanya.

Sebaik melihat posting Reza di laman Facebook, Nona menghubungi isterinya Zuraita untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita yang baharu dikongsikan di media sosial. Menurut Zuraita, hanya keluarga yang mengetahui suami dan anaknya disahkan positif c0v1d-19. Malah, sewaktu kereta ambulans datang menjemput, Reza meminta agar siren tidak dibunyikan, bimbang akan men4kutkan jiran tetangga.

Hati isteri mana yang tidak keruan apabila suami dan anak tersayang berada jauh dari pandangan mata. Ditempatkan di wad isolasi h0sp1tal Sungai Buloh, anak-beranak ini tidak boleh dilawati. Selama 11 hari mereka hanya berhubungan melalui telefon. Mujur teknologi kini begitu canggih. Kekuatan itu menjadi pemb4kar semangat buat Zuraita untuk terus kuat meskipun hatinya hanya Allah yang tahu.

“Hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati kami. 11 hari terpisah, tak boleh lawat, tak boleh jumpa, bukan sesuatu yang mudah. Tambahan pula, kita tak tahu bagaimana v1rus itu bertindak pada pes4kit. Jadi selepas dua kali result swab test negatif dan dibenarkan keluar, saya sujud syukur dan tak putus-putus mengucapkan syukur padaNya.

Suami dapat panggilan dari rakan sekerja memberitahu ada staf yang positif c0v1d-19 dan telah dimasukkan ke wad. Semua yang ada meeting dengan pekerja itu perlu kuarantin di rumah bersama-sama famili. Itu permulaannya.”katanya

Menceritakan perjalanan kisah yang terjadi pada dirinya, Zuraita nyata melihat kejadian ini dari sudut positif. Sikap positif itulah yang terus membimbing suaminya untuk terus kuat melawan v1rus ini.

“Suami mendapat panggilan dari doktor memberitahu dia positif c0v1d-19 pada 2 Mac 2020 jam 6.40 petang. Doktor minta dia bawa barang penting sahaja. Suami diberitahu ada staf yang positif dua hari sebelum dan suami sudahpun kuarantin diri sendiri di dalam bilik. Jadi kami memang dah practice social distancing lebih awal.

Suami packing baju sendiri. Doktor beritahu, ambulans akan datang ke rumah sekitar jam 12.30 malam. Waktu tu kes c0v1d-19 masih baru. Tak ramai lagi yang infected. Suami minta ambulans tak bunyikan siren untuk mengelakkan panik di kawasan kejiranan kami. Lebih kurang jam 1 pagi, ambulans sampai dan membawanya ke h0sp1tal Sungai Buloh.

Simptom suami cuma dia kerap rasa macam nak kebah dem4m. Lepas tu deria bau tiba-tiba sensitif. Itu sahaja. Simptom lain tiada. Saya redha walaupun dalam hati takut yang amat sangat. v1rus ini baru dan kita tak tahu. Tapi memang saya kuatkan hati kerana dengan menjadi kuat, saya tahu yang dia juga akan kuat. Kesembuhan suami adalah perkara pertama yang saya fikirkan waktu tu. I will do anything asalkan dia kekal kuat dan tabah walaupun dalam hati saya tahu dia tak kuat.

Dia nampak takut, bukan takut tentang keadaannya. Tapi takut dan bimbang jika kami atau kakitangannya turut dij4ngk1ti. Dia tak kuat nak hadapi yang itu. Dia tak kisah kalau cuma dia, dia bimbangkan contact rapatnya. Saya meminta suami jangan berfikir terlalu banyak, hanya tumpukan pada kesembuhannya,”katanya.

Sebagai isteri, Zuraita umpama motivator kepada suami dan mereka sering berkongsi banyak perkata. Dalam kebanyakkan hal, Zuraitalah yang sentiasa mempositifkan suami. Untuk menjadi tenang, dia sendiri perlu bertenang dahulu walaupun hanya Allah yang tahu bagaimana keresahan di dalam hati.

“Semasa dia di wad pun, kami tak putus-putus berbalas whatsapp dan saya sentiasa beritahu dia yang kami okay di rumah, kami kuat dan minta dia kuat juga. Setiap malam sejak malam pertama suami di masukkan ke wad, saya solat hajat. Mohon sungguh-sungguh kekuatanNya. Saya tak mampu sekuat itu tanpa izin dan pertolonganNya.”

Dua hari selepas suami di wad, Zuraita dan tiga orang anak diminta membuat swab test segera di h0sp1tal kerana mereka adalah close contact suami. Salah seorang anak mereka pula disahkan positif c0v1d-19.

“Anak ni manja sangat dengan suami. Dan Alhamdulillah, daripada seramai-ramai close contact suami, hanya anak ini seorang yang kena. Dia memang suka pelvk ayahnya, tidur pun bukan main pelvk. Dan kuasa Allah, dari 50 orang close contact anak yang dikenal pasti, tiada seorang pun yang dij4ngk1ti! Ini membuatkan kami berfikir yang Allah SWT hantar anak manja suami ini ke h0sp1tal adalah untuk melancarkan kesembuhannya.

11 hari terkurung dalam wad isolasi, memang depressed. Jadi kami menganggap, di sebalik ujian, terselit rahmatNya yang tak terhingga. Ketika suami mendapat tahu mengenai anak kami, berkali-kali dia menangis memohon maaf. Katanya, kerana dia, kami perlu hadapi semua ni. Saya tak pernah salahkan suami walau sedikit pun kerana suami keluar mencari rezeki halal dan inilah yang telah ditakdirkan Allah. Sebagai hamba, kami redha.

Setiap saat lebih-lebih lagi ketika solat, saya sentiasa mendoakan Allah menguatkan semangat mereka, kuatkan tubuh mereka untuk melawan v1rus dan melindungi mereka berdua setiap saat dan waktu. Bebaskanlah mereka dan kami sekeluarga sepenuhnya dari v1rus ini.

Iyalah, nak melawat tak boleh. Hanya bergantung sepenuhnya pada Allah Taala. Inilah saat-saat paling sukar tapi saya tak mengalah. Saya tak boleh biarkan suami risau. Kalau dia risau, hormon terg4nggu dan melambatkan kesembuhan.”ujarnya.

Disebalik hujan yang lebat, akhirnya muncullah pelangi nan indah. Bagitulah yang berlaku pada keluarga Reza dan Zuraita. Sebaik Reza sembuh, dia dipilih untuk menjadi penderma plasma d4rah untuk diuji keupayaan menjadi serum bagi mengubati pes4kit c0v1d-19.

“Syukur Alhamdulillah. Rasa bangga dengannya dan berharap kajian itu berjaya agar lebih ramai pes4kit c0v1d-19 yang sembuh dan dapat sama-sama menderma. Bila jadi begini, saya terfikir inilah antara rahmat yang Allah beri dari sebuah kesulitan. Suami tak kisah asalkan mampu membantu sedikit sebanyak untuk memulihkan pes4kit  c0v1d-19.

 

“Percaya dengan Allah, yakin padaNya, selalu bersangka baik denganNya dan jangan putus asa dari rahmatNya. Ujian yang datang tak pernah sia-sia. Kami dapat memperbaiki amal ibadah kami, kami lebih menghargai sesama kami dan kami juga menjadi sangat-sangat ikhlas mendoakan orang lain juga. Alhamdulillah.”

Menurut Zuraita, dia sering berpesan pada diri bahawa Allah itu Maha Adil. Sebolehnya dia tidak mahu rasa tertekan mahupun risau.

“Apabila sedang diuji, stres tak memberi manfaat pun pada diri kita. Jadi untuk apa kita nak besar-besarkan soal stres dan kerisauan? Lebih baik fokus pada sesuatu yang boleh memulihkan keadaan.  Cara terbaik ialah mohon pada Allah. Solat awal waktu, perbanyakkan solat sunat dan banyakkan membaca Al Quran. Cliche tetapi demi Allah, inilah ubat stres dan risau paling mujarab!”tegasnya.

Kesembuhan suami dan anak membuatkan Zuraita lebih mensyukuri kehidupan. Malah, para frontliners juga begitu istimewa.

“Buat petugas kesihatan, anda semua adalah insan-insan yang terlalu hebat kurniaan dari Allah. Bukan semua orang sanggup dan mampu memikul beban itu. Walaupun penat, sed1h, rasa tak mampu namun anda tak pernah berhenti. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Semoga pahala untuk mereka mengalir bak sungai yang tak pernah berhenti.

Buat pes4kit dan ahli keluarga terlibat, semoga Allah SWT memudahkan urusan rawatan dan mereka segera sembuh. Semoga Allah juga menguatkan semangat ahli keluarga yang terlibat. Doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi.

Dan untuk kita semua, jaga kesihatan, patuhi arahan kerajaan dan sama-sama kita berganding bahu untuk menghentikan w4b4k ini. Kita boleh! InsyaAllah.

Buat masa ini dunia belum ada vaksin untuk melawan c0v1d-19. Jadi semua pes4kit perlu bergantung sepenuhnya pada antibodi sendiri untuk melawan v1rus. Apabila pes4kit bebas dari sebarang peny4kit merbahaya, kemampuan tubuh mereka untuk menghasilkan antibodi lebih bagus.

Inilah sebabnya mereka kurang risiko lain dan lebih cepat pulih. Manakala bagi pes4kit yang mempunyai sakit kronik misalnya serta lanjut usia, kemampuan tubuh mereka melawan v1rus agak kurang. Itulah sebabnya golongan seperti ini lebih berisiko tinggi dan bahaya jika dij4ngk1ti.”katanya mengakhiri perbualan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona