Rakyat tidak dibenarkan balik kampung sempena raya tahun ini

KERAJAAN tetap tidak membenarkan pergerakan merentasi negeri pada bulan Ramadan ini meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 dijangka berakhir 28 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata undang-undang PKP Fasa 1 dan 2 akan terus diguna pakai hingga ke PKP Fasa 3, ketika umat Islam sedang berpuasa.

“Meksipun bulan Ramadan sekali pun, ia masih tertakluk kepada undang-undang yang saya sebutkan tadi.

“Semasa PKP3 kita akan terus melaksanakan undang-undang kita putuskan masa PKP Fasa 1 dan PKP Fasa 2.

“Jadi pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung tidak dibenarkan. Tidak boleh. Kita tidak benarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, petang Khamis.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut menafikan berita palsu mengenai PKP 3 tidak diwartakan yang tular di media sosial.

“Dua hari lepas ada pihak nyatakan PKP 3 tidak diwartakan sedangkan jelas sudah diwartakan.

“Kononnya… kata p0lis tak ada kuasa buat tangkapan. Jadi tindakan akan diambil kepada penyebar berita palsu itu,” katanya.

Beliau berkata p0lis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini sudah membuka 220 kertas siasatan berkaitan berita palsu.

“Kira-kira 152 kes masih dalam siasatan manakala 24 kes sudah dituduh di mahkamah dan 13 telah mengaku bersalah,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese