“Nice Visual. Lagi Seronok Tengok Bila Ada Gambaran Yang Jelas Macam Ni”..-Fedtri Yahya Kongsi Teaser Jejak Rasul, Ramai Tak Sabar!

Rancangan dokumentari Islamik yang bermula pada tahun 1994 ini sudah cukup sinonim dengan bulan Ramadhan. Manakan tidak saban tahun sememangnya Jejak Rasul akan ditayangkan hanya pada bulan ini.

Salah satu episod Jejak Rasul tahun lalu.

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadhan, maka rancangan Jejak Rasul juga akan memulakan tayangannya. Baru-baru ini pengacara rancangan ini, Ahmad Fedtri Yahya kongsi teaser Jejak Rasul menerusi laman Twitter miliknya.

Menerusi teaser itu nampaknya konsep rancangan ini lebih moden dan lain dari sebelumnya. Berikut adalah teaser episod pengenalan rancangan tersebut yang dikongsikan oleh personaliti TV3 ini:

Biarpun hanya berdurasi 1 minit 26 saat, video teaser yang dikongsikan ini telah meraih lebih 62 ribu tontonan dan 6,300 retweets serta 8,300 likes.

Berikut antara foto di sebalik tabir ketika pengambaran Jejak Rasul berlangsung yang pernah dikongsikan oleh Fedtri Yahya sebelum ini:

Rata-rata netizen nampaknya tidak sabar menantikan rancangan ini selepas menonton teaser Jejak Rasul tersebut. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Tak sabar nak tengok Jejak Rasul uluazmi ni. Teringat dulu masa belajar subjek tasawwur..masa tu ada sentuh pasal rasul2 ululazmi…”

 

Nice visual. Lagi seronok tengok bila ada gambaran yang jelas macam ni”

 

“Okay bila ada Jejak Rasul ni, confirm dah nak puasa!!”

 

Jadi buat semua, bolehlah sama-sama kita isi masa terluang di bulan puasa nanti dengan menonton Jejak Rasul bermula Ahad ini jam 6.30 petang di TV3.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Twitter Fedtri Yahya via HCL