Sepanjang negara berdepan dengan masalah c0v1d-19 ini ramai pihak tampil membantu terutama kepada barisan frontliner.
Setiap hari ada saja sumbangan yang dihulurkan orang perseorangan atau syarikat korporat, terutama dalam menyediakan kelengkapan seperti pakaian kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang dikatakan tidak mencukupi.
Menyedari tanggungjawab sosial ini, gadis yang juga Orang Kelainan Upaya, Norfarrah Syahirah Shaari yang turut berganding bahu menyiapkan pakaian PPE untuk frontliner kita.
Lincah sahaja jari jemari kaki kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan ini menjahit baju PPE tanpa rasa kekok.
Muat naik video berdurasi 1 minit 59 saat ini di laman sosial nyata menarik perhatian ramai apatah lagi ramai terpegun dengan kapsyen bersahaja melihat keupyaaan gadis luar biasa ini.
“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki. Ok, saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner ni.
“Ni je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yang semangat nak membantu. Semoga urusan kami dipermudahkan, amin,” kongsinya dalam media sosial.
Projek amal dan tanggungjawab sosial (CSR) #DariKomunitiUntukKomuniti itu melibatkan 10 sukarelawan yang juga kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan termasuk Norfarrah Syahirah.
Aktiviti menjahit PPE untuk frontliner h0sp1tal Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan oleh team sukarelawan itu bersama 30 tukang jahit komuniti yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari kolej terbabit.
Sebanyak 400 meter kain PPE yang dipotong di kolej dan di rumah beberapa tukang jahit dikumpulkan sebelum diagihkan kepada sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing.
Dengan tanda pagar #darikomunitiuntukkomuniti, video yang tular dalam media sosial meraih hampir 5,000 tontonan selepas dikongsikan di media sosial.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : kashoorga