KUALA LUMPUR: Sebagai ibu, tiada yang lebih membanggakan apabila melihat anak dan menantu menjadi pejuang barisan hadapan bagi menyelamatkan nyawa ketika penul4ran w4b4k c0v1d-19.
Biarpun jauh di sudut hati terbit kerinduan berjauhan dengan anak, cucu dan menantu, namun Penerbit Pena Creative Pictures, Datuk Ziela Jalil, 50, hanya menahan hati.
Katanya, dia hanya sempat dua kali bertemu dengan anak sulungnya, Dr Puteri Julia Nabilah, menantu Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi dan cucunya, Tun Alayna Zeeya.
Selain telefon, panggilan video dan Instagram menjadi penghubung apabila merindui cucunya yang tinggal bersama keluarga besan di Shah Alam, Selangor.
“Sebagai manusia biasa, sesekali Julia mengadu kepenatan kerana bekerja dari pagi hingga malam, setiap hari. Ada ketikanya, anak dan menantu dipanggil bekerja tidak kira masa.
“Saya sentiasa memberikan kata per4ngsang supaya Julia tidak putus asa. Julia mengadu penat kerana waktu kerjanya yang sentiasa padat sepanjang penul4ran c0v1d-19.
“Julia meluahkan rasa sed1h dan bersalah apabila jarang meluangkan masa bersama anaknya. Apabila pulang anaknya sudah pun tidur. Dia juga jarang bertemu suami kerana mereka bertugas di h0sp1tal berbeza,” katanya kepada BH Online.
Pelakon filem Mr Os dan Driving School itu berkata, dia akan membuat panggilan video untuk berbual dengan cucunya setiap hari, sebelum ini.
“Bagaimanapun, jadual tugasan Julia tidak menentu, jadi saya jarang dapat membuat panggilan video untuk melihat cucu. Hanya dapat menatap gambar yang dikirimkan anak ataupun besan.
“Sebagai ibu, saya tak boleh tunjuk lemah, sebaliknya saya sentiasa memberikan dorongan kepada Julia. Saya selalu pesan pekerjaan yang dilakukan sangat mulia untuk menaikkan semangatnya.
“Saya mengingatkannya, apa sahaja kebaikan yang dilakukan akan sampai kepada bapa, allahy4rh4m Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Jadi, saya mahu Julia banyak berdoa dan berzikir ketika merawat pes4kit,” kata Ziela.
Melihat petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus hingga ada yang tidak dapat bertemu keluarga, Ziela berkata, terbit rasa tidak puas hati terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa.
“Saya jadi geram apabila segelintir rakyat Malaysia tidak mematuhi arahan kerajaan dan kereta masih banyak di jalan raya. Bayangkan, kita hanya diminta duduk di rumah, tetapi itu pun sukar mematuhinya.
“Sedangkan, petugas barisan hadapan yang terpaksa bekerja siang malam cemburu melihat kita yang duduk di rumah bersama keluarga.
“Jika arahan semudah ini pun sukar dipatuhi, jadi bagaimana mahu melihat rantaian c0v1d-19 diputuskan?,” katanya yang hanya keluar rumah apabila perlu sahaja.
Katanya, dia mempunyai ibu berusia 70 tahun, jadi mengelak daripada kerap keluar rumah kerana bimbang ibunya dij4ngk1ti c0v1d-19.
“Saya memang elak kerap keluar rumah. Hanya seminggu sekali sama ada saya atau anak kedua, Megat Jufri Nasrullah. Kami akan terus mandi dan merendam pakaian yang dipakai, sebaik tiba di rumah sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online