Akad Nikah Dalam Musim PKP
– Ustaz Abu Syafiq 0192713781.
1- Akad nikah secara online yang seperti dilakukan dalam video itu adalah batil kerana terdapat unsur gharar yang jelas ketika majlis tersebut. Ia perlu dilakukan semula dengan cara wakil pun memadai kerana mazhab 4 mengharuskan wakil yang sah pada Ijab dan Qabul dalam akad Nikah.
2- Agama Islam adalah mudah dan tidak susah sehingga terpaksa buat video akad yang tersangkut-sangkut ketika akad. Kejahilan pemimpin yang memimpin agama juga sangat menjijikkan dan menyusahkan serta menampakkan Islam seolah agama yang main2.
3- Perkahwinan akad nikah bila pasangan saling berjauhan dibenarkan oleh Islam dengan pengantin lelaki atau wali perempuan mewakilkan untuk Qabul atau Ijab kepada wakil yang sah dengan cara yang sangat mudah.
4- Nabi Shollahu’alaihi wasallam mewakilkan Saidina Amru bin Umayyah untuk Qabul akad nikah Saidatuna Ummu Habibah ketika dia di Habsyah. Saiduna Abu Rofi’ juga diwakilkan Nabi Muhammad untuk qabul akad nikah Baginda keatas Saidatuna Maimunah ketika berada dikawasan berlainan.
5- Sistem akad secara wakil ini adalah diyakini halal terutama apabila timbul isu kesulitan bertemu dua pihak mempelai disisi Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi. Ia lebih Aslam. Jauh dari syubhah bahkan dilakukan oleh Baginda Nabi sendiri untuk memberi panduan kepada kita. Manakala akad nikah online seperti tersebar itu kebanyakkan ulama melarangnya. Mengapa tinggalkan yang yakin, pilih pula yang syubhah.
Terbaru di FB page ustaz Abu
Kerana itu kita pesan banyak kali. Bila Wahhabi kuasai kepimpinan agama Islam maka lebih celaru dari cerah.
Rata-rata warga maya terkejut dengan kenyataan Ustaz Abu Syafiq
Pasangan Pengantin Pertama Di Malaysia Akad Nikah Secara Online Di Rumah Masing-Masing
Semalam tular di sosial media mengenai berita Pasangan Pengantin Pertama Di Malaysia Akad Nikah Secara Online Di Rumah Masing-Masing
Tanggal 18 April 2020 merupakan detik yang bersejarah buat pasangan mempelai Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif selepas mereka diijabkabulkan dalam pernikahan secara atas talian (online).
Lebih menarik perhatian ramai adalah mereka merupakan pasangan pengantin pertama di Malaysia yang melalui fasa pernikahan ini disebabkan sekatan pergerakan akibat pandemik c0v1d-19.
Akad nikah online
Menerusi laporan yang dipetik daripada Alhijrah Online, majlis pernikahan pasangan pengantin ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan yang terletak di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di rumahnya di Setiawangsa.
Memandangkan ini merupakan pasangan pengantin pertama di Malaysia yang mengadakan akad nikah secara online, maka ianya turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live Berita AlHijrah.
Mengikut garis panduan yang ditetapkan
Menerusi video tersebut juga memaparkan bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Sharif Khamis telah menjadi wali pernikahan puterinya itu dengan kehadiran beberapa orang saksi. Bukan itu sahaja, majlis bersejarah ini turut disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Majlis akad nikah pasangan adalah selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April yang lalu untuk memberi kelonggaran kepada pasangan yang ingin bernikah secara atas talian. Mereka pelu memperoleh Kebenaran Berkahwin daripada JAWI terlebih dahulu. Bagaimanapun, segala garis panduan dan ketetapan yang terdapat di borang permohonan perlulah dipatuhi oleh kedua-dua pengantin yang ingin melaksanakan akad nikah secara sidang video atau video conference.
hukvm AKAD NIKAH MENERUSI SIDANG VIDEO (VIDEO CONFERENCE)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai hukvm Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul.
Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yang berikut :
Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.
Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukvm syarak.
Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.
Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.
Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MB