Pengacara dan penyampai radio Era, Radin bertindak menjual sebahagian daripada koleksi kasut peribadi kesayangan miliknya menerusi satu penganjuran lelongan amal.
Radin, 30, berkata, keseluruhan wang hasil lelongan itu nanti akan disalurkan sepenuhnya kepada golongan kurang bernasib baik yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Assalamualaikum, dala fasa ke-3 PKP susulan w4b4k c0v1d-19, saya tahu ramai yang terkesan dan kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
“Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya dan 100 peratus hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlvk4n dan juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti sanitizer dan topeng muka untuk frontliner,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Radin lagi, lelongan amal itu akan diadakan pada hari ini menerusi live di Instagram.
“Kasut saya bersaiz UK 8. Ada kasut yang saya dah pakai, ada juga yang belum lagi, masih ada tanda harga.
“Lelongan amal ini akan berlangsung Isnin jam 9 malam di Instagram saya. Saya bukan kaya, tapi saya pernah merasa tiada,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Radin yang disifatkan sebagai satu perbuatan terpuji dalam membantu golongan yang memerlvk4n.
Apapun, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Radin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Pada masa sama, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak