COV1D-19: Netizen kec4m individu dikuarantin tak bersyukur

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja Malaysia yang pulang dari Singapura dan sedang dikuarantin di sebuah hotel lima bintang di sini, dikec4m netizen apabila dilihat tidak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan terutama makanan.

Muat naik individu berkenaan di akaun Facebooknya, tular di sebuah portal media sosial sejak malam tadi, dengan beberapa dakwaan termasuk dia tidak diberi pilihan makanan yang disediakan.

Dalam muat naik berkenaan, lelaki itu mendakwa dikuarantin sejak 14 April lalu, turut mengadu tidak dibenarkan membeli makanan dari luar termasuk menerusi penghantaran selain ahli keluarganya tidak dibenarkan menghantar apa-apa termasuk makanan membuatkannya kecewa selain mendakwa dia bukan penjen4yah untuk dilayan seperti itu.

Muat naik individu berkenaan menerima kec4man ratusan netizen kerana tidak tahu bersyukur apatah lagi makanan yang ditunjukkan kelihatan menyelerakan berbanding makanan orang biasa di luar.

Seorang netizen berkata, individu berkenaan seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan disediakan kerajaan termasuk makanan yang dilihat menyelerakan dan berkhasiat.

ANTARA makanan yang disediakan buat rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang sedang dikuarantin di sebuah hotel lima bintang di Johor Bahru. – Foto tular di media sosial

“Dapat makanan sedap, cukup masa dihantar macam itu pun tak tahu bersyukur.

“Kami di luar ini nak beli makanan di pasar raya pun kena beratur dulu. Lepas tu, makanan pun biasa saja malah bercatu lagi ada supaya tak kerap keluar. Memang tak tahu bersyukur, ” komennya.

Menerusi muat naik sama di portal berkenaan, pentadbir media sosial berkenaan turut menyatakan penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa mengenai prosedur sebenar mereka yang dikuarantin.

KKM menjelaskan antaranya makanan dari luar tidak dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan sebarang kemungkinan termasuk ker4cunan makanan.

p0lis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak membenarkan ahli keluarga menghantar barangan termasuk makanan sebagai langkah keselamatan individu dikuarantin selain mengelakkan barangan tidak dibenarkan diselvdup termasuk rok0k.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online