KUALA LUMPUR: Niat mempromosi sebuah jenama dengan berkongsi video dirinya berdansa membawa padah kepada penyanyi, Wani Kayrie apabila teruk dikec4m netizen.
Video tarian TikTok yang dimuat di Instagram (IG), akhirnya mengundang komen negatif ke atas Wani yang jarang dihambat kontroversi.
Wani atau nama sebenar, Syazwani Abdullah kesal segelintir netizen menjatuhkan hukvman seolah-olah kenal siapa dirinya.
“Entah kenapa video yang saya muat naik lima hari lalu mengundang kec4man. Video tarian itu saya kongsi untuk mempromosikan sebuah jenama.
“Mereka menilai saya hanya disebabkan saya menari dalam klip itu. Sedangkan, saya menari sejak dulu lagi. Malah, saya ada akaun TikTok sejak menyertai program Big Stage, dua tahun lalu.
“Kami menggunakan TikTok untuk aktiviti pengundian. Saya juga sertai program realiti tarian Dansa Dansing,” katanya kepada BH Online.
Wani sed1h individu yang melemparkan kritikan tidak tahu latar belakang dirinya.
“Mereka bukan pengikut laman sosial saya. Pada mulanya, saya tidak terkesan, tapi apabila ada segelintir yang mengajak rakan-rakan untuk komen bersama, bilangan jadi bertambah.
“Apabila terlalu ramai yang masuk, saya terfikir untuk bersuara,” katanya.
Tidak mahu dirinya terus menjadi m4ngs4 buli siber dan mengg4nggu emosi, Wani menasihatkan pengikut agar beradab dan menjaga sensitiviti apabila melontarkan kata-kata.
Bagaimanapun, Wani tidak akan menyekat akaun individu yang melempar kritikan, namun, jika ada yang melampaui batas, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan.
“Disebabkan ada yang keterlaluan, saya tapis komen itu. Ada komen saya padam kerana membabitkan orang lain.
“Kalau ada yang melampaui batas, saya sekat. Setakat ini, saya tidak halang kerana ia bukan sikap saya. Ada juga komen negatif saya biarkan supaya orang lain dapat menilai sendiri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Wani memanfaatkan masa dengan mengikuti kelas pengajian atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebelum ini, saya mengambil program prasiswazah dan sudah selesai. Kalau diikutkan, saya menyambung pengajian ijazah dalam jurusan undang-undang dan perdagangan di Management & Science University (MSU), Julai depan.
“Namun, disebabkan saya ada banyak masa terluang, saya fikir, lebih baik saya menyambung pengajian. Semalam adalah hari pertama saya mengikuti kelas atas talian,” katanya.
Selain itu, Wani turut menganjurkan sesi siaran langsung atau live di laman sosial.
“Setiap dua hari, Wani akan bersama rakan selebriti ntuk berinteraksi dengan peminat.
“Sebelum ini, saya muncul dengan Rossa, Sarah Suhairi, Jaa Suzuran dan tidak lama lagi, Nabila Razali. Inilah masa terbaik untuk kami berinteraksi dengan pengikut,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online