COV1D-19: Permohonan elaun bulanan khas petugas barisan hadapan dipermudahkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memudahkan cara permohonan elaun bulanan khas untuk petugas barisan hadapan yang mendepani w4b4k coronav1rus (c0v1d-19) dengan menurunkan kuasa pengesahannya kepada ketua jabatan masing-masing.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata langkah itu diambil selepas terdapat aduan daripada petugas barisan hadapan yang menghadapi masalah membuat tuntutan elaun itu berikutan penetapan kriteria dan prosesnya yang ketat.

“Ada media melaporkan bahawa wujud petugas hadapan yang berdepan masalah memohon elaun ini kerana prosesnya yang ketat dan kami mengambil maklum perkara ini.

“Setelah dipertimbangkan semula, Kementerian Kesihatan bersetuju memudah cara prosedur dan menurunkan kuasa pengesahan elaun kepada ketua jabatan masing-masing, ” katanya melalui perkongsian laporan kedua pencapaian pelaksanaan pakej Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) , di sini.

Sebelum ini, kerajaan menambah elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan yang terbabit dalam pengurusan c0v1d-19 daripada RM400 kepada RM600 sebulan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online