Pelbagai dugaan yang harus dihadapi oleh para frontliner dalam menjalankan tugas bagi membendung penul4ran c0v1d-19. Tidak kiralah sama ada jururawat, doktor ataupun p0lis.
Banyak cabaran yang mereka tempuh ketika menjalankan tugas seperti faktor cuaca, kesihatan diri mahupun kerenah masyarakat. Namu, mereka tetap gigih dalam menjalankan tugasan mereka itu.
Usia juga tidak menjadi halangan bagi seseorang itu dalam menjalankan tugas sebagai salah seorang petugas barisan hadapan. Buktinya, perkongsian oleh p0lis Daerah Kerian di Facebook mengenai perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai.
Melalui perkongsian tersebut, p0lis Daerah Kerian menceritakan tentang seorang anggota p0lis yang tetap kuat menjalankan tugas walaupun semakin berusia.
Ucapan syabas diucapkan di dalam perkongsian tersebut kepada anggota p0lis itu yang boleh dikatakan sebagai ‘orang lama’ dalam kegigihan menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
“Semoga terus diberikan kesihatan yang baik …. Semoga ianya memberikan inspirasi kepada generasi baru dalam PDRM,” kata p0lis Daerah Kerian.
Dalam pada itu, posting itu juga menjelaskan bahawa baju yang dipakai beliau tidak lusuh, ia hanya disebabkan pantulan cahaya dan kamera.
Sumber: p0lis Daerah Kerian
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Siakapkeli