Ustaz Ebit kongsi gambar keluarga miskin, sekali Ustaz Abu Syafiq kata har4m

Pendakwah Islam, Ustaz Ebit Lew dikenali ramai dengan usaha membantu golongan memerlukan termasuk ketika negara berhadapan dengan cov1d-19.

Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kerajaan, Ustaz Ebit memulakan misi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya petugas barisan hadapan dan orang susah.

Terbaru, Ustaz Ebit tampil membantu sebuah keluarga di Alor Setar, Kedah yang telah lama hidup dalam kemiskinan sehingga terpaksa tinggal di dalam sebuah pondok yang kot0r dan us4ng.

Menerusi posting di Facebook, difahamkan beliau telah menyediakan sebuah rumah yang selesa buat keluarga tersebut manakala sewa bulananya dibayar olehnya.

Bagaimanapun, posting tersebut menimbulkan rasa kurang senang seorang pendakwah, Ustaz Abu Syafiq kerana dikatakan Ustaz Ebit telah memuat naik gambar kanak-kanak yang tidak berbaju yang disifatkanya sebagi a1b kepada mereka.

Menurut Ustaz Abu Syafiq, meletak gambar dan video orang miskin yang susah sehingga memalukan mereka adalah perbuatan har4m.

Semoga niat baik Ustaz Ebit menjadi sumber inspirasi kepada yang lain. Namun begitu perkara–perkara yang melibatkan sensetiviti masyarakat perlu dilihat kembali.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese