‘Saya bukan sesiapa, cuma Cina masuk Islam’ – Luahan hati Ebit Lew buat netizen seb4k

Nama Ustaz Ebit Lew disebut-sebut sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Rata-rata memuji tindakannya menghulurkan bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan.

Namun, masih ada yang mempertikai niat ikhlasnya malah ada yang tergamak menuduhnya sangaja mencari populariti.

Sekejap yang lalu, pendakwah Islam itu meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya menerusi satu posting di Facebook, sehingga menimbulkan rasa dalam kalangan netizen.

Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang.

Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arw4h mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.

Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan.

Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.

Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak s4kitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer.

Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama. Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah.

Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu. Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti.

Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah.

Diharap Ustaz Ebit Lew tidak mudah patah semangat untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasa segala jasa baik Ustaz.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese