KUALA LUMPUR – Bermula 25 April ini, orang ramai yang berhasrat untuk pulang semula ke tempat tinggal masing-masing selepas terkandas di kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh berbuat demikian.
Syaratnya mereka perlu mendaftar dengan pihak p0lis terlebih dahulu.
Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei ini setelah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jelasnya, pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi GerakMalaysia yang dibangunkan bersama oleh Kementerian Komunkasi dan Multimedia dan p0lis Diraja Malaysia (PDRM).
Mereka juga boleh mendaftar di balai-balai p0lis berdekatan dengan syarat membuat temu janji terlebih dahulu bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.
“Difahamkan ramai yang berada di kampung halaman sejak mulanya arahan PKP ingin pulang ke rumah masing-masing. Ada yang mengadu sudah tidak ada baju lagi hendak dipakai , risau keselamatan rumah dan macam-macam lagi alasan yang diberikan.
“Kami memahami rintihan tersebut tetapi urusan balik semula ke tempat tinggal masing-masing ini tidak semudah menguruskan pelajar IPT pulang ke kampung.
“Ini kerana kerajaan mempunyai data yang lengkap mengenai jumlah pelajar yang terkandas serta kaedah untuk memastikan penghantaran pulang mereka selamat dan terkawal.
“Untuk itu, kami meminta orang ramai yang berhasrat pulang ke tempat tinggal masing-masing supaya mendaftar dahulu dengan p0lis supaya kami boleh buat penilaian sama ada mereka boleh diberi pelepasan atau tidak.
“Kami juga ingin memastikan mereka bukan datang dari kawasan-kawasan yang mempunyai kes cov1d-19 yang tinggi,” katanya semasa sidang media hari ini.-MalaysiaGazette
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese