Dr Nur Amalina anggotai pasukan kajian vaksin COV1D-19

KUALA LUMPUR: Pelatih pakar bed4h Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri menganggotai pasukan pengujian v4ksin c0v1d-19 pertama di United Kingdom (UK).

Perkara itu diumumkan Dr Nur Amalina di Twitternya, semalam.

“Ujian v4ksin UK pertama sudah bermula di NIHR Imperial Clinical Research Facility @imperialcollege yang diketuai Dr Katrina Pollock.

“Saya akan terbabit dalam merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi mereka v4ksin dalam beberapa minggu akan datang ini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, pengujian di pusat kajian Imperial itu membabitkan satu daripada dua v4ksin.

”Usaha yang hebat daripada pasukan Imperial dan kami sangat teruja untuk melihat hasilnya,” katanya.

Dr Nur Amalina turut berkongsi ciapan @ImperialMed berhubung pencarian sukarelawan yang akan terbabit.

UK ketika ini menyediakan dana sebanyak 22.5 juta euro untuk mempercepatkan kajian v4ksin c0v1d-19 yang dilakukan Imperial.

Penyelidikan itu diketuai Profesor Robin Shattock di Bahagian peny4kit Berj4ngk1t dan dana itu akan digunakan untuk penyelidikan satu daripada dua v4ksin coronav1rus.

Pemberian dana khas itu diumumkan Setiausaha Kesihatan UK Matt Hancock yang turut menjelaskan, penyelidikan oleh Imperial dan Universiti Oxford adalah usaha terbaharu dalam menangani w4b4k global itu.

Pasukan Profesor Shattock sejak awal Februari lalu sudah menguji v4ksin dan penemuan awal terhadap haiwan yang diuji mendapati v4ksin itu mampu meneutralkan antibodi bagi menentang SARS-CoV-2.

Ketika ini, pasukan terbabit sedang menghasilkan v4ksin seterusnya dan akan menguji sama ada ia akan menghasilkan tindak balas yang serupa terhadap manusia, seterusnya berjaya melindungi daripada c0v1d-19.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online