PETALING JAYA – Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi menggesa Putrajaya mempertimbangkan semula dasar menolak bot sarat dengan pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara.
Ini susulan dua laporan pihak berkuasa menghalang kemasukan bot pelarian Rohingya minggu ini, dengan kawalan kemasukan lebih ketat akibat cov1d-19 yang dinyatakan dalam kedua-dua kejadian itu.
“Walaupun kami memahami cabaran dihadapi kerajaan Malaysia ketika penularan itu (cov1d-19), kami ingin meminta kerajaan Malaysia mengubah fikiran atas dasar kemanusiaan bagi minoriti paling tertindas di dunia menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Kami meminta kerajaan di rantau ini, khasnya anggota Asean, membenarkan mereka mendarat dengan selamat (dan) untuk segera bersetuju dengan langkah kecem4san bagi mengelakkan satu lagi krisis kemanusiaan sambil bertolak ansur terhadap sekatan cov1d-19 sedia ada di sempadan mereka.”
Tentera Laut Diraja Malaysia menyekat sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara pada 16 April lalu.
Sehari sebelum itu, pegawal pantai Bangladesh memintas sebuah kapal pukat tunda sarat dengan pelarian Rohingya yang didakwa mangsa terselamat, bot itu terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan selepas dihalang memasuki perairan Malaysia.
AFP memetik pelarian terselamat sebagai berkata, 60 etnik Rohingya m4ut dalam bot yang sarat dengan ratusan orang itu dan “may4t mereka dibuang ke laut”.
Lebih 740,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas keganasan etnik dan agama di Myanmar pada 2017 yang menyebabkan negara itu didakwa melakukan pembunvhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi PBB pada Januari lalu.
Sementara itu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) menggesa PBB dan Asean memberi tekanan kepada Myanmar untuk “menghentikan ser4ngan genosid ke atas Rohingya dan memberi kewarganegaraan kepada etnik Rohingya di Myanmar”.
“PBB dan Asean perlu menangani punca masalah ini secara khusus. Jika tidak, Asean akan terus menerima bot yang sarat dengan pelarian,” kata Presiden Merhrom, Zafar Ahmad Abdul Ghani dalam kenyataan hari ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese