Tidak cukup dengan pengh1naan di media sosial, pendakwah bebas Ebit Lew turut dip3rli menerusi satu video parodi yang dibuat oleh beberapa individu.
Video berdurasi itu 3:32 minit itu memaparkan lakonan tiga lelaki yang melakonkan watak sukarelawan dan penerima bantuan ketika menghadapi situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam video tersebut ‘penerima bantuan’ memberitahu ‘sukarelawan’ bahawa dia tidak dapat bekerja sepanjang PKP dan hanya mengharapkan bantuan ihsan daripada orang lain.
Sebaik sahaja ‘sukarelawan’ itu pergi, ‘penerima bantuan’ menefon kawannya bernama Dollah supaya datang ke rumah dan meminta Dolah menjual bantuan berupa barangan harian yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan wang mudah.
Malah, ketika di rumah ‘penerima bantuan’ itu menghabiskan masanya dengan bermain jvdi online yang jelas salah di sisi undang-undang.
Walaupun tidak menyata secara jelas mana-mana nama, video tersebut mendapat reaksi yang negatif daripada netizen kerana dikatakan mempersenda Ustaz Ebit yang sejak kebelakangan ini kerap turun padang membantu golongan yang memerlukan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese