DRAMA adaptasi novel berjudul Bukan Gadis Biasa sudah menemui penonton menerusi slot Akasia, jam 7 malam tadi.
Gandingan dua nama besar iaitu Remy Ishak dan Ayda Jebat menerusi drama 28 episod yang ditayangkan setiap Isnin hingga Sabtu ini pasti akan menarik perhatian penonton.
Tambahan pula, drama arahan Azman Hj Yahya atau Jinggo ini membariskan ramai pelakon popular lain iaitu Nazim Othman, Mas Khan, Lia Na
talia, Sheila Rusly, Ozlynn dan ramai lagi.
Secara ringkasnya, Bukan Gadis Biasa berkisarkan mengenai kehidupan seorang gadis ‘p3ngkid’ bernama Johana.
Demi menjayakan watak istimewa ini, Ayda sanggup membuat keputusan drastik mengorb4nkan rambut panjangnya.
“Sebagai pelakon, kita kena masuk dalam karakter. Pakaian kena tepat, malah rambut juga memainkan peranan. Ini antara tanggungjawab saya sebagai pelakon. Saya tak tengok sangat filem sebagai rujukan cuma saya baca skrip dan berlakon ikut situasi dalam babak.
“Sudah tentu apabila berlakon dengan Remy, saya kena buat yang terbaik. Tak nak kalau saya tenggelam dengan lakonannya,” katanya.
Menurutnya, wataknya menceritakan tr4uma yang dilalui segelintir wanita yang berdepan tr4uma ketika kecil sehinggakan mereka tidak selesa dengan lelaki apabila dewasa.