Sebuah entri di laman sosial Twitter mengundang persoalan apabila wujudnya seorang individu yang mendakwa aktres Janna Nick dan kekasihnya, pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann telah berkahwin di selatan Thailand pada tahun lalu.
Individu yang menggunakan nama @munafiqburner di laman Twitter itu telah memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi mengenai Janna dan Dini yang terkandung nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Keratan itu telah mendakwa Janna dan Dini telah melangsungkan perkahwinan di daerah Satul yang terletak di selatan Thailand pada tahun lalu.
Berikut merupakan keratan yang dimuat naik oleh @munafiqburner:
Salah satu tweet daripada @munafiqburner turut mendakwa yang Janna dan Dini kahwin lari di sana.
Sebelum ini, pada November tahun lalu, Janna mendedahkan dia sedang menjalin cinta dengan Dini.
Menurut Janna, hubungan cinta mereka mulai serius semenjak Jun 2019.
Gempak akan menghubungi Janna bagi mendapatkan kepastian mengenai dakwaan ini.
KEMASKINI:
Pihak Gempak sudah berjaya menghubungi Janna dan dia enggan memberikan sebarang komen.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak