Ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan wargamaya apabila menunjukkan bakatnya memasak mi bandung Muar.
Menerusi laman sosial Instagram, Saddiq memuat naik sekeping foto sedang menyediakan hidangan istimewa kawasannya itu untuk tatapan umum.
“Menyediakan mi bandung muar untuk sukarelawan di kawasan saya. Nak belajar macam mana nak masak?” tulis Saddiq sebagai kapsyen.
Apa yang menarik perhatian wargamaya adalah pelakon Sharifah Sakinah yang men1ngg4lkan komen pada foto tersebut.
“Nak,”
Komennya ringkas merujuk kepada hidangan yang disediakan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Saddiq juga tidak ketinggalan apabila turut membalas komen Sakinah.
“Datang Muar dulu,” tulis Saddiq.
Membalas pelawaan Saddiq, Sakinah kemudian memberikan jawapan padu.
“Saya bukan anak menteri boleh jalan sana sini,” tulis Sakinah lagi.
Perbualan comel di antara mereka itu menarik perhatian ramai apabila yang turut sama mahu merasa masakan air tangan Saddiq.
“Habis PKP boleh je Kinah datang Muar belajar masak dengan YB,” usik seorang wargamaya.
“Haha kau punya reply kak, tersedak anak menteri baca,” tulis seorang wargamaya.
“Kinah ni tak habis-habis menyindir,” tulis seorang wargamaya.
“Haha win Kinah!” puji seorang wargamaya.
Sehingga kini, foto masakan itu telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada wargamaya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak