Ini Individu Di Sebalik Teks Ucapan Muhyiddin,”Makcik Kiah, Suami Pakai Baju Kelawar & Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni”

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei selepas belum menampakkan berakhirnya w4b4k c0v1d-19 di Malaysia.

Setiap kali muncul kelibat Muhyiddin ketika perutusan khas berkaitan penul4ran w4b4k ini, rata-ratanya akan menanti setiap butir ayat yang akan dilontarkan.

Bagaimanapun perasan tak, teks ucapan Muhyiddin bersifat mesra rakyat dan bersahaja yang mudah difahami setiap golongan.

Namun, masih ada yang tertanya-tanya siapakah yang membantu menulis dan menyiapkan ucapan Muhyiddin.

Seorang pengguna yang bernama Khairul Hakimin Muhammad mendedahkan individu yang menjadi tulang belakang Muhyiddin.

“Jika ditanya siapa yang membantu menulis dan menyiapkan ucapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka saya fikir inilah orangnya, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

“Beliau sebelum ini merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kemudiannya melangkah masuk ke Pejabat YB Timbalan kepada Perdana Menteri keenam pada tahun 2009 hingga ke 2013 (Tan Sri Muhyiddin), kemudiannya mengikuti lagi Tan Sri Muhyiddin semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 2013-2015.

“Selepas itu beliau kembali ke UIAM dan menjadi pensyarah dalam dunia Sains Politik.

“Pada 1 Mac lepas, beliau kembali ke meja Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Setiausaha Sulit.

“Beliau merupakan anak sulong kepada pasangan Almarhum Mohamad Bin Che Ibrahim dan Puan Rokiah Pa’chu dari Pasir Mas, Kelantan.

“Maafkan saya jika saya salah. Boleh jadi Tan Sri Muhyiddin menulis ucapannya sendiri seperti YB Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun biasanya yang memurnikan sesuatu teks adalah pembantunya sendiri.

“Semoga menjawab soalan dan pencarian kalian. Ya, beliau kacak seperti saya. Begitulah,” tulisnya.

Perkongsian itu telah mendapat lebih 2,000 perkongsian dan 500 komen.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah Covi1d-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK