Gadis g3run nak kahwin, bakal suami berkira t3ruk, merisik tak mahu bagi cincin tanda… siap kira lebih banyak habiskan duit

JIKA si dia benar-benar serius ingin menjadikan anda suri hatinya, niat itu dapat dilihat menerusi perbuatan dan kesungguhannya dalam perhubungan.

Namun jika awal-awal lagi sudah berkira, lebih baik berpis4h, mungkin itu lebih baik.

Begitulah kisah dialami seorang gadis yang kini dalam dil3ma mengenai hubungannya dengan kekasihnya gara-gara cincin merisik.

Luahan gadis itu dikongsi seorang netizen sehingga menjadi tular di Twitter.

Menerusi perkongsian itu, gadis itu mendakwa dia sepatutnya bertunang pada Aidilfitri ini tetapi rancangan itu terpasa ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Luahan gadis ini menjadi tular di Twitter.

Disebabkan itu dia memilih untuk tidak bertunang sebaliknya mahu berkahwin terus kerana mahu berjimat.

Namun katanya pihak lelaki tetap mahu datang merisik tetapi enggan memenuhi permintaannya yang mahukan cincin ‘tanda’ biarpun harganya murah.

“Saya sepatutnya bertunang raya ini tapi sebab PKP jadi mungkin kena tangguh. Dah alang-alang tangguh ni ingatkan dah malas nak bertunang, nak terus kahwin.

 

Parahlah kalau dah berkira sampi macam ni sekali. Nanti dah kahwin, kau nak makan apa pun dia berkira. Fikirlah yang terbaik berkahwin ni bukan sehari dua

KHAYLA.

Netizen.

“Tapi pihak lelaki akan datang merisik. Saya minta cincin tanda, murah pun tak apa tapi lelaki refuse sebab dia kata adat negeri kami masa merisik tak bagi cincin,” katanya.

Lebih menyedihkan semasa berbincang mengenai perkara itu gadis tersebut mendakwa berlakulah ungkit-mengungkit oleh teman lelakinya.

“Katanya saya tak nak bertunang sebab nak jimat kos, jadi dia pun nak jimat kos tak nak bagi cincin. Dan dia pun mulalah kata yang nanti kahwin dia akan habiskan banyak duit untuk saya.

Pasangan yang bakal berkahwin sepatutnya bertoleransi antara satu sama lain.

“Hantaran saya tak tetapkan berapa. Paling teruk dia siap sebut yang dia lebih banyak habiskan duit untuk perkahwinan ni dan juga selepas kahwin berbanding dengan saya.

“Katanya kalau saya nak cut cost tak nak tunang, dia pun nak cut cost. Kalau dia bagi saya cincin mahal, saya pun kena bagi dia cincin mahal supaya adil sama-sama habis duit.

“Saya cuba beli yang mahal memandangkan lelaki tak digalakkan pakai suasa, jadi beli perak yang mahal,” katanya.

Susulan itu gadis tersebut meminta pandangan netizen mengenai kisah menimpanya itu.

“Saya cuba tolerate untuk tak tetapkan hantaran dan tak demand nak kenduri grand sebab faham belanja lepas kahwin.

“Macam mana ya? Salah saya ke sebab saya minta cincin tanda? Dan sebenarnya saya pun ada minta gelang sebagai hadiah masa akad nanti. Saya demand ke?” soalnya.

Antara komen netizen mengenai kisah menimpa gadis itu.

Posting itu ternyata mendapat pelbagai respon pelayar Twitter.

Rata-ratanya menyuarakan rasa kurang senang dengan sikap berkira pemuda itu.

“Parahlah kalau dah berkira sampai macam ni sekali. Nanti dah kahwin, kau nak makan apa pun dia berkira. Fikirlah yang terbaik berkahwin ni bukan sehari dua,” kata Khayla.

“Seram ye per4ngai berkira dia. Cincin belah rotan dalam RM400 je, OK sangat dah tu buat cincin tanda. Istiqarah dan istisyarah semula sis. Mungkin ni hikmah tangguh, nampak true color dia sebelum nikah. Hidup dengan suami berkira mengungkit ni, paling kesian anak-anak la esok-esok nanti,” kata Apij.

“Mak aku selalu pesan satu benda je, lelaki ni kalau dia berkira dan ungkit benda tak patut tinggalkan je. If you want something should put 100% effort to get what you want,” kata Darlisa.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar