Pensyarah akui em0si lain macam ketika PKP, terpaksa pas4ng ‘peris4i’ di dapur – “Jangan sampai umi terbalikk4n pintu peti ais menghadap dinding”

KEBANYAKAN masa rakyat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dihabiskan dengan duduk di rumah.

Oleh kerana masa yang banyak terluang di rumah, seorang ibu tidak terkecuali turut melaksanakan ‘PKP’ sendiri untuk anak-anaknya.

Semuanya gara-gara ins1den yang berlaku di dapur rumahnya, membabitkan sebuah peti sejuk sehingga ibu empat anak itu terpaksa melakukan langkah drastik.

“Agaknya satu hari 18 kali seorang buka tutup peti ais, darab empat orang. Setelah sebotol sirap tumpah, setelah semua barang dalam freezer cair sebab ada individu yang tak tutup rapat pintu peti ais, umi (panggilan ibu) mereka tak boleh tahan dah.

Over limit. Kapsyen paling sesuai ‘Umi meng4muk. Dilarang buka peti ais’. Menikus semua.

“PKP ni lain macam emosi dia. Jangan sampai umi terb4likkan pintu peti ais menghadap dinding ya,” tulis seorang ibu di halaman Facebook menggunakan nama Syikin Zahir.

Ais krim bubur kacang yang dihasilkan oleh Syikin.

Turut dimuatnaik adalah foto peti ais di rumahnya yang dihadang dengan sepapan telur yang diletakkan di atas kerusi plastik, di atas kerusi kayu berserta dua botol besar minyak masak di atas lantai, yang dilihat sebagai amaran larangan kepada ‘PKP’ berkenaan.

 

PKP peti ais memang perlu. Akibat tak tutup pintu peti ais rapat, bab semua benda mencair tu satu hal. Nak dapat balik suhu sejuk beku tu pun ambil masa.

SYIKIN

 

Menerusi posting yang berasingan, Syikin yang merupakan pensyarah matrikulasi itu menjelaskan bahawa ‘PKP peti ais’ merupakan satu keperluan untuk dilaksanakan di rumahnya.

“PKP peti ais memang perlu. Akibat tak tutup pintu peti ais rapat, bab semua benda mencair tu satu hal. Nak dapat balik suhu sejuk beku tu pun ambil masa,” katanya.

Tempoh PKP turut dimanfaatkan oleh Syikin dengan aktiviti mengemas rumah termasuk rak kasut.

Susulan kejadian itu, peti sejuk di rumahnya mengambil masa untuk membeku dan dia berkongsi kesannya dengan berkongsi resepi ais krim bubur kacang.

“Lebihan bubur kacang cikgu buat jadi ais krim. Satu liter air kosong campur gula secukupnya dan campur setin susu cair dimasak bersama.

“Campur bubur kacang dengan bancuhan yang dimasak. Agak-agak dah sejuk sikit masukkan dalam plastik ais krim. Ambil masa lebih sehari nak bekukan dia sebab isu pintu tak rapat tulah,” katanya.

Menurut Syikin, ternyata tindakan tegas PKP peti ais yang dilaksanakannya membawa impak positif, malah proses sejuk beku peti aisnya itu kembali berfungsi seperti sediakala.

“Tahniah, ikut arahan PKP. Lega dapat makan ais krim bubur kacang,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar