TIGA sukarelawan di China yang membantu menyiarkan artikel terlarang berkaitan c0v1d-19 di laman web yang membuat penyimpanan dari sumber-sumber online terbesar dunia, Github, telah ditahan oleh p0lis di lokasi yang tidak diketahui, menurut sumber yang dekat dengan mereka.
Cai Wei, teman wanitanya yang hanya dikenal pasti sebagai Tang, dan Chen Mei adalah penyumbang kepada satu ‘projek sumber’, Terminus2049 yang dimulakan pada tahun 2018.
Ia mengumpulkan artikel-artikel yang telah ditapis dan dikeluarkan dari media arus perdana dan media sosial.
Github yang dimiliki oleh Microsoft memungkinkan pengaturcara berkolaborasi menggunakan kod, dan ia semakin menjadi perhatian aktivis di China yang ingin menghindari Great Firewall untuk menerbitkan kandungan yang telah ditapis.
Terminus2049 juga mengendalikan arkib artikel berkaitan koronav1rus dan akaun peribadi yang terdapat di media arus perdana dan media sosial dalam projek ‘2019covmemory’. Ia mengandungi bahan yang ditapis dan tidak ditapis.
Halaman projek itu menyatakan harapannya untuk dapat menyimpan satu rekod bagi membantu orang ramai lebih memahami epidemik ini dan mereka yang terkena j4ngk1tan.
Bagaimanapun Terminus2049 nampaknya disekat di tanah besar China pada Sabtu.
Keberadaan Chen Mei masih menjadi tanda tanya. -foto SCMP
Ketiga-tiga sukarelawan yang berpusat di Beijing itu hilang pada 19 April, sumber memberitahu South China Morning Post, tetapi enggan mendedahkan identitinya.
Keluarga dan rakan mereka kemudian menghubungi p0lis, yang pada awalnya menafikan mengetahui maklumat tentang keberadaan mereka.
“Kira-kira lima hari kemudian, keluarga Wei dan Tang menerima pemberitahuan rasmi daripada biro daerah Chaoyang, p0lis Beijing,” kata sumber itu.
”Selama beberapa hari terawal p0lis tidak mengaku menahan mereka.”
Menurut notis pemberitahuan tersebut, Wei dan Tang ditahan di bawah pengawasan p0lis di lokasi yang tidak disebutkan kerana ‘menimbulkan provokasi.’
Keluarga Mei bagaimanapun belum menerima sebarang pemberitahuan daripada p0lis.
“Mereka sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan. Sekarang mereka telah ditahan, keluarga dan rakan mereka tidak dapat membayangkan keadaannya,” kata sumber itu.
Biro p0lis Chaoyang tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.
Antara artikel dan akaun peribadi yang disiarkan oleh projek itu, salah satu yang paling terkenal adalah wawancara dengan Ai Fen, seorang doktor pemberi maklumat terawal koronav1rus di Wuhan Central h0sp1tal.
Artikel itu diterbitkan oleh majalah People di China pada awal Mac tetapi dipadam dalam masa beberapa jam.
Setelah artikel tentang Ai dipadam, orang ramai yang marah menerbitkan puluhan versi yang berbeza di media sosial, menggunakan emoji, kod perkataan dan bahasa yang berbeza, malah ada yang mencipta sesuatu yang lain seperti Elvish dan Klingon untuk mengelak dari dikesan. –SCMP
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar