Ebit Lew boleh terus turun padang ketika PKP… dipanggil ke Bukit Aman kerana ramai tidak puas hati, anggap menunjuk-nunjuk

TIADA kertas siasatan dibuka terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew setakat ini, demikian kata Pengarah Jabatan Siasatan jen4yah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau juga mengesahkan bahawa penceramah itu diberi kebenaran oleh pihak p0lis untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“PDRM tidak pernah menghalang beliau untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setakat ini tiada kertas siasatan yang dibuka ke atas beliau.

“Bagaimanapun PDRM ingin menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh dikecualikan dari tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran yang berkaitan dengan pelaksanaan PKP,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, tujuan Ebit dipanggil hadir untuk memberikan keterangan adalah berhubung reaksi orang ramai mengenai tindakannya yang memaparkan aktiviti kebajikan dalam tempoh PKP di laman sosial.

“Berdasarkan pemerhatian, ramai di kalangan masyarakat yang memberi respon positif dan menyokong aktiviti kebajikan yang dilaksanakan, namun terdapat juga sebahagian yang dilihat kurang senang dengan tindakan beliau mempamerkan aktiviti-aktiviti tersebut di media sosial kerana dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk.

“Kontroversi yang tercetus berkaitan perkara ini telah memaksa p0lis mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat kekal terpelihara, ” katanya,

Pada Jumaat, Ebit Lew memuat naik status di laman Facebook meluahkan perasaan berikutan niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan oleh segelintir pihak.

Malah, beliau turut mengumumkan untuk tidak lagi keluar berkhidmat memberi bantuan sepanjang tempoh PKP selepas dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar