PENYANYI Bella Astillah mengesahkan dia dan Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah.
Bella menerusi Instagram turut mengakui dirinya kini sedang hamil.
“Ya saya (berbadan dua) doakan Bella tau”
Bella membalas komen netizen yang bertanyakan mengenai hubungannya dengan Aliff.
“Alhamdulillah masih dalam edah lagi (rujuk) jadi tak perlu kahwin semula” ujarnya menjawab beberapa soalan netizen.
Rabu lalu, Bella memberi bayangan hubungannya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.
Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai segmen Suria Petang Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff.
Alhamdulillah masih dalam edah lagi (rujuk) jadi tak perlu kahwin semula
BELLA ASTILLAH
PENYANYI
Bagaimanapun, penyanyi lagu Tenang ini hanya mendiamkan diri.
Sementara itu, menjawab komen netizen tentang per4ngai Aliff Aziz yang sering menimbulkan pelbagai masalah, Bella berkata, dia hanya bertawakal kepada Allah.
“Itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu, saya jalani, tawakal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan”
“Kenangan pahit akan jadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa, ” ujar Bella.
Bella dan Aliff mempunyai seorang anak lelaki, Ayden.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk bercer4i pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kant0i berlaku cur4ng.
Untuk makluman, tempoh edah perlu dijalani seseorang wanita iaitu sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan selepas bercer4i.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar