Kertas si4sat4n terhadap Nurul Zahid, suami dibuka… P0lis tegaskan tiada individu terlepas jika l4ngg4r und4ng-und4ng

SATU kertas sias4tan telah dibuka terhadap anak Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff berhubung dakw4an mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Pengarah Jabatan Siasatan jen4yah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, kes disi4sat mengikut Seksyen 269 Kanun Kes3ks4an dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t 2020.

“Satu kertas sias4tan telah dibuka oleh Unit Sias4tan jen4yah Terkelas (D5) Bukit Aman mengenai dakwaan pel4nggaran PKP oleh Datuk Nurulhidayah dan suami.

“Kes disi4sat mengikut Seksyen 269 Kanun Kes3ks4an kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan j4ngk1tan apa-apa peny4kit yang berbahaya kepada nyawa dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t 2020 kerana melakukan pergerakan tanpa kebenaran.

“Kedua-dua mereka telah pun diambil keterangan pada 24 April 2020. Setelah siasatan dilengkapkan, PDRM akan merujuk kertas siasatan tersebut ke pejabat Peguam Negara, ” katanya dalam kenyataan tersebut.

Oleh itu katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak cuba menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif di kalangan masyarakat seolah-olah pihak p0lis tidak mengambil tindakan ke atas d4kwaan membabitkan anak pemimpin politik itu.

“PDRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sesiapa pun yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa jua undang-undang negara,” katanya lagi.

Pada Isnin, Nurulhidayah, 41, memuat naik beberapa gambar di Instagram ketika dia dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.

Tindakan tersebut menerima kec4man netizen memandangkan ia dilakukan ketika kerajaan melaksanakan PKP bagi membendung penul4ran c0v1d-19.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar