Sungai Kim Kim semakin pulih ketika PKP

PASIR GUDANG: Sungai Kim Kim yang sebelum ini ‘popular’ kerana isu pencem4ran sisa t0ksik dan dipenuhi tompokan minyak sehingga tiada hidupan di dalamnya kini semakin jernih dan pulih.

Tinjauan di kawasan tengah sungai berkenaan yang terletak di Kampung Bukit Pulai, dekat sini, mendapati air sungai berkenaan yang dahulunya berwarna kehitaman kini semakin jernih dan bersih.

Malah tiada lagi bau busuk keterlaluan disebabkan pencemaran sisa kimia bert0ksik yang pernah dihidu ketika pencemaran di kawasan berkenaan menggemparkan negara tahun lalu.

Penduduk Kampung Bukit Pulai yang juga nelayan, Nur Satria Rabu, 34, berkata Sungai Kim Kim kini semakin jernih malah ketika surut dasar sungai dengan ikan kecil berenang dapat dilihat dengan jelas berbanding 10 tahun lalu.

“Alhamdulillah, Sungai Kim Kim semakin jernih dan pulih selepas ia dibersihkan apatah lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kebanyakan kilang dan industri berhenti beroperasi.

Sungai Kim Kim yang semakin jernih dan pulih kepada keadaan asalnya. – Foto Farid Noh

“Jika dulu air sungai ini sentiasa berwarna kehitaman dan busuk sehingga tiada seekor ikan pun mampu hidup kini semuanya semakin baik.

“Kini banyak ikan termasuk keli, haruan dan talapia yang besar-besar sudah kembali ke kawasan ini menandakan keadaan air sungai yang semakin pulih sekali gus mendatangkan rezeki kepada penduduk kampung dan nelayan sekitar, ” katanya ketika ditemui di Sungai Kim Kim, hari ini.

Pencem4ran kim1a berbahaya di Sungai Kim Kim yang berlaku 7 Mac tahun lalu menggemparkan negara selepas beberapa murid dan pelajar pengsan tiba-tiba di samping mengalami gejala pening, loy4 dan munt4h-munt4h.

Benc4na berkenaan menjejaskan kira-kira 6,000 penduduk Pasir Gudang terutama pelajar sehingga 111 sekolah di kawasan berkenaan diarahkan ditutup sementara.

Sejauh 1.5 kilometer (km) kawasan Sungai Kim Kim yang tercem4r dengan sis4 kim1ia berb4h4ya sudah dibersihkan dengan sejumlah 1,500 tan air sungai dan 900 tan enap cemar dengan sis4 kimia berbah4ya dilupuskan dari sungai berkenaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online