PENYANYI dan pelakon Bella Astillah reda apabila keputusannya kembali rujuk bersama Aliff Aziz mendapat pertik4ian warganet.
Bella, 26, berkata, dia juga memaafkan segala komen berbentuk c4cian yang diterima dan menjelaskan biarlah dia serta keluarga saja tahu alasannya.
“Ramai yang menc4ci saya bdoh, fitn4h saya dan sebagainya, tapi saya maafkan mereka. Selepas ini, saya hanya fokus pada doa-doa yang lebih baik.
“Apapun yang mereka nak fikir mengenai saya, akan selamanya kekal begitu. Walaupun, jika saya cuba jelaskan, kalau mereka tak suka tetap tak suka. Sama ada pilihan saya salah atau tindakan yang kurang bijak bagi sesetengah pihak kerana kembali rujuk dengan suami, itu akan ditanggung oleh saya sendiri.
“Pilihan saya adalah untuk anak memiliki ibu bapa yang lengkap dan cuba perbaiki apa silap sebelum ini. Mudah untuk orang menilai, tetapi hanya saya dan keluarga tahu niat utamanya sudah memadai. Perkara yang pernah berlaku biarlah berlalu, manusia tiada yang sempurna,” katanya.
Penyanyi lagu Tenang itu juga berkata dirinya kini jauh lebih matang untuk berkongsi perihal rumah tangga dan berharap terus memperbaiki dirinya.
“Perkara yang lepas menjadikan saya lebih matang dan sangat berhati-hati dalam perkongsian soal peribadi. Tidak pernah saya minta simpati atau meroy4n di media sosial, itu pilihan saya untuk korb4nkan cerita rumahtangga saya supaya menjadi iktibar pada orang lain.
“Semoga di bulan Ramadan ini, kita sama-sama dapat memperbaiki diri untuk jadi lebih baik. Tiada manusia tak membuat kesilapan atau d0sa,” katanya.
Menurut Bella, walaupun berkali-kali seseorang itu membuat silap, siapa kita untuk menjatuhkan hukvm. Katanya lagi, terpulang juga kepada setiap individu jika dapat memaafkan kesalahan dibuat sampai berjuta kali pun, itu adalah hak masing-masing.
Pada Mei tahun lalu, Aliff dan Bella bercer4i selepas penyanyi lagu Sayang Sayang itu curang dengan beberapa wanita berbeza.
Terdahulu, pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
Mengikut perkogsian Bella kepada pengikutnya di Instagram, dia dan Aliff sudah rujuk ketika masih dalam iddah dan kini mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM