SERAMAI 323 rakyat Malaysia masih berada di Itali dengan 220 daripada mereka memilih untuk terus bermastautin di negara berkenaan.
Duta Besar Malaysia ke Itali Datuk Abdul Malik Melvin Castelino berkata, seramai 323 rakyat Malaysia termasuk penuntut yang berdaftar masih berada di negara itu sehingga Mac lalu.
“Bagi mereka yang tidak bercadang untuk balik ke Malaysia, kebanyakannya berkahwin dengan rakyat tempatan, mempunyai pekerjaan dan tanggungan tetap.
“Golongan ini lebih sesuai untuk terus bermastautin di negara ini. Jumlah mereka (memilih untuk bermastautin) yang berada di Itali adalah 220 orang,” katanya pada temubual bersama Bernama TV, hari ini.
Abdul Malik berkata, ketika ini, tiada penuntut tempatan yang berada di zon merah negara berkenaan.
“Bagi rakyat Malaysia yang masih berada di negara ini, mereka mengambil langkah berjaga-jaga termasuk langkah diperkenalkan kerajaan Itali.
“Ketika ini, pegawai lebih cenderung untuk menasihati rakyat tempatan yang berada di sini menerusi panggilan telefon, Skype dan sebagainya bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga selain sering berhubung dengan pihak keselamatan di Itali,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sering berhubung dengan pihak keselamatan di negara berkenaan dan menasihatkan supaya rakyat Malaysia mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa Itali.
“Setakat ini, semua rakyat Malaysia dalam keadaan baik sepanjang tempoh dua bulan negara ini mengenakan perintah berkurung.
“Justeru, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa berhubung dengan kedutaan bagi memastikan supaya kami menjaga keselamatan mereka,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM