Sed1h Artis Veteran S4kit, Kesemp1tan Hidup

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Memburu Rindu, Datuk Hattan sanggup turun padang bagi mengagihkan sumbangan kepada penggiat seni yang terkesan akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ingin melihat penderitaan ditanggung penggiat seni, Hattan menyampaikan sumbangan yang diamanahkan individu berstatus VVIP kepadanya.

Biarpun tidak mampu mengubah nasib mereka, namun sumbangan dihulur sedikit sebanyak meringankan bebanan golongan seni, tak kira penyanyi, pelakon, pegawai perhubungan awam atau wartawan yang terjejas pada ketika ini.

Saringan senarai penerima dilakukan dengan teliti bagi memastikan agihan sumbangan diberi kepada individu yang memerlvk4n. Hasil saringannya, kira-kira 60 individu mendapat manfaat berkenaan.

Hattan berkata, keputusan turun padang mengagih sumbangan dan menziarahi rakan artis membuka matanya.

“Hati saya tersentuh apabila melihat rakan artis yang memerlvk4n bantuan berikutan terputus punca pendapatan sejak tempoh PKP dilaksanakan.

“Ada antara mereka yang sudah lama tiada kerja, kehidupan lebih tertekan ketika tempoh PKP. Paling sed1h, apabila melihat nasib golongan artis veteran.

“Mereka dapat upah tak seberapa untuk kerja dilakukan. Apabila PKP, mereka tidak boleh keluar bekerja dan terputus sumber pendapatan. Ada pula artis veteran dalam keadaan uzur dan sudah sekian tak bekerja, jadi mereka sangat mengharapkan bantuan,” katanya kepada BH Online.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin berkata, dia melihat terpancar senyuman di sebalik wajah yang berdepan kesempitan hidup ketika menghantar sumbangan.

“Bantuan yang dihulurkan tidak seberapa, tetapi mereka sangat bersyukur. Sebab itu, saya sengaja turun padang menyampaikan sumbangan. Daripada sibuk berbalah, lebih baik saya turun padang dan melihat nasib golongan artis veteran ini,” katanya.

Katanya, tugas menyampaikan sumbangan kelihatan mudah, tetapi dia berdepan cabaran apabila cuaca tidak menentu.

“Selain cuaca, lokasi menjadi salah satu cabaran. Jarak antara satu lokasi jauh menyebabkan saya hanya sempat menuju 20 lokasi sehari.

“Kami mulakan agihan pada jam 10 pagi sehingga jam 6 petang. Itupun bergantung kepada keadaan cuaca dan jalan raya. Bukan mudah mahu mengagihkan barangan keperluan terutama dalam cuaca tidak menentu.

“Ada antara barangan diletakkan di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda rosak terkena, jadi terpaksa menggantikan barangan baharu,” katanya.

Penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu berkata, jarak antara satu lokasi bukannya dekat.

“Contohnya, kami ke Ampang, seterusnya Klang, jadi masa yang diambil atas jalan raya memakan masa yang panjang. Tetapi, tidak mengapa asalkan sumbangan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlvk4n.

“Ada pula artis yang dihubungi tiada di rumah, tetapi ia tak pernah melunturkan semangat saya untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online