‘Menanti jodoh kiriman Tuhan’

KUALA LUMPUR: Berkurung dalam rumah, sambil menjalani ibadat puasa bersendirian ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa bukan perkara mudah untuk dilalui.

Tentunya, kehadiran Ramadan ini disambut dengan suasana yang berbeza buat pelakon Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, 38.

Kebiasaannya, menjelang bulan mulia, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak tidak melepaskan peluang menyambut awal puasa bersama ibu dan keluarganya di kampung halaman, Melaka.

Bagaimanapun, berbeza tahun ini, Remy menyambut puasa seorang diri di kediaman bujangnya. Lebih lagi, tempoh PKP yang memasuki fasa keempat dilanjutkan hingga 12 Mei ini.

“Sukar ‘menghadap’ Ramadan seorang diri apabila tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama keluarga.

“Lebih sayu, tidak dapat mengerjakan solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau seperti kelaziman yang dilakukan, setiap tahun.

“Jujurnya, saya langsung tidak memikirkan soal menyambut Syawal memandangkan semuanya tergendala dek penul4ran w4b4k c0v1d-19. Apa yang difikirkan ketika ini, bagaimana saya dapat pulang ke pangkuan keluarga pada Syawal nanti,” katanya yang muncul menerusi drama Bukan Gadis Biasa mengisi slot Akasia di TV3 sepanjang Ramadan ini.

Pelakon filem Pulang dan Sangkar itu berkata, dia mengisi masa senggang dengan melayani kucing peliharaan, menyiram pokok bunga dan mengkaji skrip dua filem yang sepatutnya menjalani penggambaran ketika tempoh PKP.

“Apa lagi dapat dilakukan apabila tinggal seorang diri. Mujurlah, ada kucing peliharaan menjadi pengubat kesunyian.

Sambil itu, saya mengkaji skrip dua filem secara mendalam.

“Sepatutnya, saya sudah masuk ke set penggambaran filem ketika ini. Bagaimanapun, terpaksa ditunda sehingga tempoh PKP berakhir,” katanya kepada BH Online.

Remy berkata, dia merindui keluarga apabila tinggal bersendirian dalam tempoh lebih sebulan ini.

Diusik soal jodoh, Remy sempat berselor0h, “Jika ada pasangan hidup, pasti tempoh PKP dijalani dengan lebih indah.

“Saya sendiri tertanya-tanya, bila agaknya Tuhan mahu mengirimkan jodoh buat saya. Alangkah indah jika ada pasangan sepanjang tempoh PKP ini.

“Sekurang-kurangnya, ada juga teman untuk mengusik. Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang petanda saya akan bertemu jodoh,” katanya.

Aktor yang diangkat sebagai Pelakon Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-23 itu berkata, dia tidak ketinggalan melakukan kerja amal membantu peminat yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial untuk meminta bantuan.

Simpati dengan nasib yang menimpa peminat, Remy berkata, dia mulanya menghulurkan bantuan menggunakan duit poket sendiri.

“Saya tahu ramai yang terhimpit dengan masalah kewangan sejak PKP dikuat kuasa. Saya kerap menerima mesej langsung dan kiriman e-mel daripada mereka yang memerlvk4n.

“Apa yang menyedihkan, mereka bukan sahaja minta bantuan kewangan, malah bahan mentah dan makanan bagi menyuap mulut anak-anak.

“Mulanya, saya membantu mengikut keperluan. Bagaimanapun, hari demi hari, jumlah minta pertolongan semakin ramai, jadi agak mustahil saya dapat melakukannya secara bersendirian,” katanya.

Remy berkata, dia berhubung dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Pendokong & Pencinta Ulamak untuk berkerja sama dalam misi bantuan itu.

“Alhamdulillah, lebih ramai insan yang tidak bernasib baik dapat dibantu dengan hasil kerjasama pertubuhan ini, berbanding saya melakukan sendirian.

“Selain itu, pengagihan sumbangan tidak terhad kepada mereka yang berada sekitar Lembah Klang, kami turut mengagihkan bantuan ke negeri lain,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online