BINTANG Ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams mengakui merindui momen solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan yang tidak dapat dilakukan pada kali ini susulan pandemik cov1d-19.
“Saya amat merindui detik sembahyang tarawih di masjid bersama semua saudara Islam.
“Tidak dapat menunaikan solat di masjid pastinya sangat sukar kepada semua tetapi insya-Allah ia tidak akan menghentikan kami daripada ‘berhubung’ dengan pencipta,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.
Williams yang sudah memeluk Islam lebih 10 tahun turut meminta umat Islam menghayati bulan Ramadan dengan melakukan amal ibadah.
Dia turut berkongsi pengalamannya membaca kisah Nabi Muhammad SAW.
“Membaca dan mempelajari lebih mendalam mengenai kisah kehidupan Nabi Muhammad. MasyaAllah, seorang yang cukup istimewa,” katanya.
Williams turut meminta orang ramai terus kekal tenang dalam menghadapi tempoh sukar ketika ini.
“Salam sejahtera kepada semua yang sedang melalui saat sukar ini. Semoga yang maha berkuasa dapat meredakan kesukaran anda,” katanya.
Williams sememangnya dikenali sebagai seorang yang taat dan mengamalkan segala ajaran dituntut dalam Islam.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese