Ayda Jebat, Nabil bertunang atas talian

KUALA LUMPUR: Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda Jebat bertunang secara atas talian, semalam.

Nabil, 32, dan Ayda, 28, bertunang melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis berlangsung dari kediaman masing-masing di ibu negara.

Berkongsi berita gembira, Ayda memberitahu, sebelum PKP, keluarga kedua-dua pihak berbincang untuk mengadakan majlis merisik dan bertunang pada hari jadi Nabil.

“Sejujurnya, apabila PKP dikuatkuasakan, kami terfikir untuk menunda acara. Tetapi, keluarga Nabil mahu semua berlangsung dengan cepat.

“Kalau boleh, mereka mahu kami bernikah secepat mungkin, tidak mahu tunggu lagi. Jadi, bagi menghorm4ti permintaan keluarga, saya dan Nabil tampil dengan idea menganjurkan majlis bertunang secara online,” katanya kepada BH Online.

Ayda bersyukur majlis dirancang berlangsung dengan baik.

“Walaupun tidak dapat jumpa dan berhadapan seperti majlis orang lain, tidak merasa seperti apa yang orang lain rasa, kami tetap gembira dapat merealisasikan kehendak keluarga mengikut adat,” katanya.

Tambah Ayda, jika diikutkan, Ayda dan Nabil sebelum ini memutuskan untuk tidak bertunang, namun, demi permintaan keluarga, mereka akur.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan, pelakon dan penyanyi ini perlu menghorm4ti kedua-dua keluarga dan bakal mengumumkannya, tidak lama lagi.

“Tarikh sudah ditetapkan tapi masih belum boleh dikongsi. Jangan risau, kami akan hebahkan kelak,” katanya.

Majlis bertunang atas talian itu disertai kira-kira 20 ahli keluarga kedua-dua pihak.

Ayda yang mula rapat dengan Nabil pada Ramadan tahun lalu, menyimpan niat untuk menamatkan zaman bujang bersama pengacara itu.

“Memang saya mengharapkan hubungan kami sampai ke tahap ini. Saya tidak mahu membuang masa.

“Saya juga sudah berusia 28 tahun, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua untuk berkahwin,” katanya.

Sebelum ini, Nabil melamar Ayda pada malam sambutan hari jadinya yang ke-28 pada 17 Mac lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online