CAP Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan cadangan beberapa pihak di Malaysia supaya menghalang dan juga mengusir pelarian r0hingya yang berada di negara ini.

Malah terdapat badan bukan kerajaan (NGO) dan juga ahli politik yang turut menentang penempatan orang r0hingya di Malaysia.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata pelarian berkenaan melarikan diri dari negara asal kerana nyawa terancam dan mengusirnya adalah sama seperti menjatuhkan hukvman m4ti.

Katanya, alasan prejudis yang diberi adalah pelarian r0hingya bersifat kotor, biadap, tidak menghorm4ti budaya Malaysia dan menuntut bagi mendapatkan kewarganegaraan.

“Memang tidak adil bagi kita menjatuhkan hukvman ke atas kesemua pelarian itu kerana kelakuan burvk segelintir daripada mereka, malah dalam sesuatu kelompok manusia, mesti ada yang berkelakuan baik dan juga burvk.

“Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian r0hingya sebagai pelarian tetapi sebagai pendatang tanpa izin ataupun orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan,” katanya kepada BH, hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, kebanyakan pelarian r0hingya di Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa mereka menghargai peluang menjadikan Malaysia sebagai kediaman sementara dan hanya mahu pulang ke Myammar atau menetap di negara ketiga.

Katanya, mereka bukan sahaja perlu menghadapi sikap ketaasuban sesetengah golongan masyarakat tetapi juga tekanan mental dan emosi serta kebergantungan kepada jasa baik orang lain hingga menyebabkan sukar untuk hidup dengan baik.

Malah mereka juga tidak dapat bekerja secara sah di Malaysia serta tiada akses kepada sistem penjagaan kesihatan atau sistem pendidikan, dan ia memberi imej yang burvk dengan konotasi negatif.

“Jika kerajaan mengiktirafkan status pelarian, ia bukan sahaja memberi faedah kepada r0hingya tetapi kepada negara kita juga kerana mereka dapat bekerja secara sah dan hasil daripada itu, mereka akan membayar cukai serta menyumbang kepada masyarakat.

“Kanak-kanak pelarian juga boleh pergi ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan serta belajar bagaimana cara bersosialisasi,” katanya lagi.

Mengulas mengenai penul4ran c0v1d-19, Mohideen berkata, orang ramai tidak perlu bimbang bahawa peny4kit berbahaya seperti itu akan merebak di kawasan yang mempunyai ramai pelarian r0hingya atau akan menyebarkannya kepada orang lain.

Katanya, mereka tidak akan berasa takut bagi mendapatkan rawatan perubatan apabila tidak sihat malah sebarang epidemik dapat dielakkan daripada berlaku sekiranya mereka mendapat rawatan yang sepatutnya.

Justeru CAP memohon supaya kerajaan mengiktirafkan status pelarian r0hingya dan juga pelarian dari negara lain yang menetap di Malaysia.

“Kerajaan juga perlu mengiktiraf hak mereka bagi bekerja, mendapatkan pendidikan dan akses kepada sistem kesihatan seperti yang termaktub dalam perjanjian antarabangsa, misalnya Konvensyen Pelarian 1951 atau juga diketahui sebagai Konvensyen Geneva.

“Sudah tiba masanya kita berhenti menghina mereka yang sudah dianiayai secara tidak adil oleh rakyat dan kerajaan mereka sendiri,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online